Saturday, 16 April 2016

MAAF, AKU TAKUT!


“HATI YANG ROSAK IALAH HATI YANG TELAH DIPENGARUHI SERTA DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH HAWA NAFSU DAN SYAHWAT YANG JAHAT SEHINGGA TIDAK DIENDAHKAN LAGI HALAL HARAMNYA. WALLAHU’ALAM”

Aku pernah terjumpa kata-kata yang sememangnya benar.

“Hati yang paling jauh dengan Allah adalah hati orang yang bercinta.
Semakin dia ingat orang yang dia cintai. Semakin dia jauh dari Allah”

Aku pernah mengarang sebelum ini tentang couple. Pernah juga share di channel UIH tetapi atas sebab sebab tertentu aku terpaksa delete channel UIH. Sayang tapi terpaksa delete.
Sejak aku bersama usrah, aku menerima soalan yang hampir sama.

“Kak Rose, macam mana nak dakwah kawan yang suka couple?”
“Kak Rose, macam mana nak tegur kawan yang suka bercakap dengan kekasih dia?”
“Kak Rose, macam mana nak nasihat kawan baik sendiri yang bercouple?”
                                                                                                                                
Allah. Sejujurnya saya bangga dengan kalian. Sungguh, kalian sahabat yang hebat! Sahabat yang tidak mahu sahabat sahabatnya hanyut dibuai cinta ajnabi. Menjawab kepada persoalan sebegini, banyak sudut pandangannya. Banyak dan pelbagai huraiannya.

Aku juga tidak lari daripada soalan di atas. Ya, benar. Sejujurnya aku juga tidak lari daripada bertanya kepada diri sendiri tentang soalan soalan sedemikian. Aku kata aku cinta sahabat sahabat aku tapi dimana dan bagaimana aku dapat buktikan bahawa aku cinta mereka kerana Allah SWT? Aku berada di tahap aku sekarang ini adalah kerana nasihat, sokongan dan teguran para sahabat aku terdahulu. Lihatlah, Allah kirimkan mereka buat aku hijrah. Perlahan-lahan aku mencuba. Beraninya mereka menasihati aku. Beraninya dan amat bersungguh menyokong aku episod demi episod. Sahabat, terima kasih.  Kalau kalian berada di samping aku, sungguh.. aku mahu peluk erat : “ )
Mungkin bagi mereka yang pernah baca ayat ini di channel mahupun mana mana usrah, kalian sudah faham dan tahu. Tetapi, hari ini, aku ingin mengulangi ayat ayat ini. Sekali lagi.

Orang kata, cinta itu tak salah. Dan ya, tak salah. Mencintai sesiapa itu tak salah tetapi ke mana jatuhnya cinta itu, kita perlu ambil tahu. Cakna. Jaga. Fitrah yang satu ini amat suci, indah, manis dan membahagiakan. Tetapi ramai yang terlupa. Fitrah ini jugalah yang merosakkan hati kita apabila hati kita terlalu manja dibuai ajnabi.

Beb, hati manja.

Tak mudah sayang untuk kita move on. Take time untuk berubah. Sebab apa? Sebab kita takkan lari daripada perasaan sayang dan rindu pada ajnabi. Pernah juga, ada yang berkata,

“Kami couple tapi jarang contact, jarang jumpa,”
Kamu kata, “jarang” bukan kata “tak contact langsung”

Memang. Tapi itu juga bermakna kamu masih dalam aliran yang salah. Risau kalau aliran yang salah itu lama-lama akan menjatuhkan diri kita ini. Faham? Jumpa jarang, sms jarang, call sekali sekala.. baik tak payah couple terus. Simpan hati tu untuk insan yang benar-benar ada niat nak menghalalkan kita. Bukannya sebelum kahwin lagi dok pakai baju kaler sama, kuor pi dinner pun ngedate di instagram, kekasih merajuk pun siap update kat facebook.

Maaf, jujurnya saya amat malu dengan sikap kaum hawa. Saya malu membaca status kalian. Saya malu dan pada masa yang sama saya rasa saya langsung tidak berguna buat kaum saya kerana sebelum ini sedikitpun saya tidak menegur. Sekadar membenci sikap kalian di dalam hati. Allah..maaf..saya langsung tidak punya keberanian kerana memikirkan diri ini langsung tidak layak untuk menegur sesiapa pun.

Something yang haram, memang manis sebab syaitan perangkap kita dengan hal hal yang too sweet. Kita rasa nikmat kebahagiaan berpasangan dan langsung tidak menjaga batas pergaulan. Keluar ke sana sini dengan kekasih dan tunang. Pegang tangan, ambil gambar dekat dekat sampai tersentuh bahu. Ya, bahagia. Kitalah pasangan paling romantis. Tetapi, kalaulah kita tahu esok esok bagaimana nasib kita di akhirat, mesti kita akan rasa takut. Bahagia di dunia, akhirat esok esok? Mampukah kita jawab?

Memilih pasangan bermakna bermulanya pendidikan kepada anak-anak kita. Pasangan kita tak kira lelaki/perempuan..kita esok esok bakal jadi suami/isteri. Jadi ibu dan ayah. Dan, kitalah yang bakal mendidik anak anak kita.  Sebab itulah kita kena jaga diri kita. jaga maruah tak kira lelaki ke perempuan. Selalu juga saya jumpa,

“Lelaki, sejahat jahat dia pun, dia akan cari perempuan yang baik baik untuk dijadikan isteri”

Nice. Kita selalu dengar, kan? Sememangnya lelaki menginginkan perempuan yang baik baik untuk menjadi suri hidupnya. Jadi isteri, jadi ibu kepada anak-anaknya. Tetapi dalam masa yang sama juga lelaki itu sendiri perlu berubah. Kutip gali cari ilmu sebanyak mungkin. Mantapkan asas asas agama kerana kamu bakal membimbing isteri dan anak anak kamu kelak. Setiap orang punyai masa silam. Tetapi jangan hanya fikir untuk dapatkan isteri yang baik baik sedangkan kamu masih terkontang kanting dalam kepompong jahiliah. Fikirkan dan usahakan cara untuk berubah dan pelajari ilmu agama untuk diri kamu, mak ayah kamu dan keluarga kamu sendiri kelak.

Tiada perempuan yang nak lelaki jahat dan sebaliknya. Nak pasangan yang baik maka kita terlebih dahulu berusaha jadi baik. Bukan kata baik semata mata tetapi berusaha memantapkan ilmu ilmu agama dan ilmu rumahtangga. Jangan fikir, “Oh aku nak kahwin dengan perempuan yang solehah yang boleh jadi isteri yang baik untuk aku and jadi ibu yang hebat untuk anak anak aku nanti”.
Kita tahu kita nak pasangan yang baik baik tetapi mana usaha kita nak berubah jadi baik? Berubah nak jadi hamba Allah yang soleh wa solehah.

Tak salah fikir macam tu. Tapi sebelum berfikir macam tu, fikir dulu hat ni,

“Aku nak berubah. Aku nak mantapkan ibadah aku dan kejar mardhatillah. Aku nak perbaiki kelemahan diri aku. Aku ini bakal jadi ketua. Ketua keluarga. Kena tanggung dosa isteri dan anak anak. Tanggungjawab sebagai seorang suami bukan mudah. Berat. Jadi sebabtulah aku kena mantapkan ilmu agama aku ni disamping memperbaiki kelemahan diri yang boleh menggugat rumah tangga aku suatu hari nanti,”

Berpasangan/bercinta/berkasih sayang sebelum nikah itu sweet tapi tak semua akan rasa sweet tu selepas nikah. Esok esok bila dah duduk sebumbung semua perangai sebenar keluar. Dulu merajuk, pasangan beli bunga raya bunga ghose bunga plastik. Lepas nikah, bukan kata nak beli bunga, beli tangkai pun tak. Dan lelaki, hang jangan suka suka bawak anak dara orang keluar berdua dua.

 “Laa kak ghose, ada tu suami dia tu baik ja, alim tapi dapat isteri tak baik. Kan kata wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya,”

Takpa sayang, hat tu kak ghose huraikan pada entry yang lain.
Berbalik kepada tajuk asal, persoalan lagumana nak dakwah kawan/sahabat hat kuat bercinta. Tapi sebelum tu saya nak sebut tentang hebatnya cinta islamik. Kita bercinta, jaga batas, panggilan takde sayang abang hubby papa mama mummy daddy dan yang lain lain. Cinta islamik ni nampak cool dan relaks je. Perasan tak? Panggilan pun panggilan nama biasanya takpun ber’ana’.

“Ana sudah makan. Sekarang ana mahu solat,”

Tanpa sedar, kita dah cemarkan imej agama kita sendiri. Cinta islamik yang kononnya memegang title ‘kami jaga hubungan’ yang mana kita jaga batas, saling memperingati untuk beribadah seperti solat tahajud, puasa sunat dan mengaji. Benda baik tapi kita dok di aliran yang salah. kita lagha dalam dunia sendiri. Dan menjadikan agama sebagai perhiasan di atas ‘kelaghaan’ kita.
Bila ada pasangan suruh solat, hang pun pi la solat. Bila pasangan suruh sama sama puasa sunat, hang pun puasa sunat. Kalau diikutkan, sebenarnya, hang ni jarang puasa sunat tetapi disebabkan kekasih suruh, terus buat. Sebenarnya, kita ikut perintah Allah atau manusia? Memang. Orang akan kata,

“Alah, dia jadi asbab aku solat. At least aku solat. Aku tak abaikan solat”

Solat tapi bila kita berterusan melakukan dosa dosa ini :’)

Tapi, kalau kita fikir dan lihat dan kaji dengan mata hati kita ni, kita memang dah sombong gila dengan Allah. Betul, dia bawa perubahan pada kita. Lepaih bercinta dengan dia, dia banyak ajar kita, banyak suruh kita solat puasa baca al Quran.. tapi cuba tanya hati.

ALLAH REDHA KE DENGAN CARA SEBEGINI?

See. Betapa halusnya perangkap syaitan. Kita sebenarnya hidup kerana siapa?

KERANA ALLAH ATAU MAKHLUKNYA?

Sebenarnya, kalau kita fikir fikir sambil minum kopi cicah biskut kan, kalaulah dia cinta kita, sayang kita ni kan.. bukan setakat solat kita je dia tolong jagakan tetapi juga hati kita ni haa. Faham? Kita rasa ‘wowww sweet gila weh dia ingatkan aku pasal ibadah’.
Tapi dalam masa yang sama dia dah musnahkan hati awak.

Mengerti?

Cinta yang ikhlas itu kerana Allah maka dia tidak akan sesekali membiarkan kita rosak hati. Tiba masa, ada jodoh, maka disatukan dengan pernikahan. Bukannya mulut kata sayang tapi cara menyayangi awak tu pun seolah olah mengajak awak ke neraka.
Kata Adik Syahirah,

“Bila hati mulai tumbuh titik titik hitam, mohon berjaga jaga kerana dia akan mula bercambah secara perlahan-lahan sampai hati tenggelam dalam kegelapan dan kemudian hilang cahaya iman”

Nice words, Syaira!
Saya petik conversation saya dengan seorang sahabat,

“Dunia ibarat gula dan akhirat ibarat garam”

Saya cuba huraikan maksud yang tersirat pada dia,

“Dunia ibarat gula. Dunia yang penuh nikmat. Nikmat yang melalaikan manusia. Nikmat yang nampak bahagia tetapi sementara cuma kerana nikmat yang indah dan bahagia ini tidak bersulamkan cinta kepada Sang Pencipta”

Sahabat saya menjawab,

“Ya, cuma saya tambah sedikit. Manusia ni ramai ambil dunia dalam kehidupan mereka. Garam pula? Garam ni masin. Ramai tak suka. Dalam masakan pun garam ni dimasukkan sikit sikit ja. Dalam minuman, garam langsung tidak dibubuh. Begitu juga dengan akhirat. Manusia hanya ambil akhirat sikit sikit sahaja dalam kehidupan mereka”.

Tettt tamat.
Jangan dok deep sangat fikir tu haha. Ia hanyalah personafikasi.

Buat soalan-soalan yang selalu saya terima, saya mungkin adakalanya terlepas jawab. 
Maafkan saya! insyaAllah, saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak akan membantu kalian.
1.      Apabila kita bersahabat dengan sahabat yang kuat bercinta, kita akan rasa bersalah nak tegur dia. Rasa takut dan sebagainya, takut hilang kawan, takut dia judge kita tak layak nak tegur dia dan lain lain. I feel you, sayang. Normal dengan perasaan sedemikian. Tetapi, tetap, sebagai sahabat, sebagai saudara, kita kena tegur dia. Taki mampu cara face to face, awak boleh guna cara lain. Kalau saya cakap ni, confirm semua dah tahu. Apa?

DOA.

Mulakan apa apa sekalipun dengan doa. Berdoa. Berdoa. Berdoa. Doa itu senjata. Doa itu ajaib! Doa jugalah yang akan mendekatkan kita dengan Allah. Berharap dengan sepenuh hati dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.

Sekecil kecil perkara,  berdoalah. Saya yakin, ramai antara kita yang sememangnya merasai doa doa yang dimakbulkan oleh Allah. Allahuakbar. Berdoa bersungguh sungguh agar Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada sahabat kita. berdoa agar Allah lembutkan hati dia. Allah suka kita mengadu, berdoa padaNYA dalam apa apa hal sekalipun. Take time after solat tu mengadu. Luah dekat Allah bagaimana dan apa yang awak nak buat. Minta Allah tolong.


ISTIKHARAH

2.      Sewaktu mak saya terkena buatan orang, kami buntu. Saya sendiri lemah melihat keadaan mak yang mengadu kesakitan. Tak dapt tidur dan sebagainya. Waktu itu abah teringatkan seorang ustaz yang juga merupakan customer setia kami. Selalu saja datang kedai kami. Alhamdulillah, Allah hadirkan petunjuk buat kami sekeluarga. Ustaz tolong keluarga saya dengan izin Allah. Sebelum ustaz balik, ustaz pesan pada saya. “Do istikharah. Minta petunjuk dari Allah cara-cara untuk merawat mak”.

Jadi saya boleh buat kesimpulan bahawa kita boleh juga melakukan solat istikharah memandangkan kita dalam keadaan buntu. Kita taktahu apa cara nak tolong kawan, tegur kawan. Jadi, tunaikanlah solat istikharah selain solat hajat agar sahabat kita berubah. insyaAllah. Allah tunjukkan jalan. Bukankah sememangnya kita perlu meletakkan segela kepercayaan dan harapan kepada Allah SWT? Ini juga sebuah ikhtiar untuk kita tolong kawan. Usaha kita.


LAMAN SOSIAL

3.      Kita memang ada whatsapp, ada facebook, twitter, instageram heheh. Kawan kita pun mesti ada kan? Ada kawan takda twitter, dia ada facebook je. Haa tak apalah. Ada juga tu chance kat kita nak dakwah kawan sekaligus spread dakwah kat orang lain. Semua dapat manfaat.

Saya sememangnya mengambil langkah ini sebagai langkah yang konsisten. Saya share/spread apa apa sahaja yang bermanfaat termasuklah tentang couple lebih lebih lagi dulu saya ialah seorang admin channel usrah di telegram. Selepas share di channel, saya akan forward ke semua group whatsapp. Begitu juga dengan instagram, facebook, wechat ke. kita bedal semua. Niat ikhlas, niat nak nasihat. Niat nak sama sama dapat manfaat.

Spread dakwah dengan ayat ayat yang simple dan elok. Jangan pulak,

“weh gila, kau couple tu kau tahu tak tu haram?”

Hahahah. Tahu pulak dia couple tu haram tapi menyumpah kat orang takde tahu pulak dosa #krikkkrikk

So behave hehehe. Biar santai asalkan iorang daoat hadam dan faham. Lama lama depa sendiri akan sedar. Depa akan muhasabah diri, merenung ke luar jendela. Haha. Kalau ayat kasar, orang takkan ambil iktibar tapi jadi bahan utama lahirnya rasa menyampah dan marah bertingket tingket.

Jadi, gunakanlah laman sosial awak ke arah yang mendatangkan manfaat kepada semua orang termasuklah diri sendiri. Sebab adakalanya kita akan tergelincir daripada landasan istiqamah kita jadi bila kita rasa down ke rasa jauh ke kita boleh baca balik status status kita. Mana tahu, semua tu jadi asbab kita dapat petunjuk, peringatan dan inspirasi dengan ayat kita sendiri.

Bila kita share apa-apa, kawan kawan rapat mesti akan baca. Gunakan ayat yang baik. Apa kata untuk permulaan ni awak copy daripada ayat ayat orang lain. Jangan lupa copy nama penulis. Sebab, ada kawan ni bila kita update status apa apa tentang couple ke aurat ke, mungkin ada yang memang tak boleh terima dan anggap awak menganjing/memerli dia.

Sekarang ni banyak channel yang bermanfaat yang awak boleh join then boleh copy paste ilmu ilmu tu. Cubalah. Sebelum paste tu bismillah jangan lupa. Doa dalam hati agar Allah lembutkan hati sesiapa sahaja yang membacanya.


HADIAH

4.      Cara ni cara sweet. Bukan sweet talker or acah acah sweet tapi cara yang boleh membuatkan kawan/sahabat kita suka, bahagia dan rasa dihargai. Saya selalu beritahu usrah. Dulu ada sahabat suka minum susu dutch lady. So tiap kali balik cuti, datang semula ke asrama, saya akan belikan dia susu dutch lady. Sedozen, sekotak ke. lepastu saya letak sticky note kat kotak susu tu. Saya tulis apa apa yang saya nak. Saya ni pulak jenis yang benci susu. Memang alergik bebenor dengan susu. Bau pun dah rasa pening nak muntah tu belum telan susu lagi haha. Tapi sebab sahabat suka, saya pun jadi suka tengok dia minum sampai habis sedozen susu tu.

So, dengan cara ni, awak boleh buat pada sahabat awak. Belikan apa apa yang dia suka. Harga tu biar berpatutan tetapi dia punya value tu penting. Kawan mana yang tak hargai, tak suka bila ada seorang sahabat yang beri apa apa kan?

Cara ni juga sesuai awak guna sekiranya ada kawan yang dalam proses hijrah. Hadiahkan tudung bidang yang besar untuk kawan. Biar dia bukak hadiah depan mata kita then biar dia belek belek dulu. Lepastu habaq kat dia,

“Aisyah, meh aku tolong pakaikan. Cantik tau!”

*sekadar nama sahaja, takde kaitan ye*

So awak tolong pakaikan. Pinkan. Walla. Cantik dan sweet je. Boleh bayang dah ni. kita ni kawan/sahabat. Kat asrama ke kat mana mana ke kita paling dekat dengan kawan kita. Sebab tu lah kita kena bagi support kat kawan. Tolong kawan. Beri kata kata semangat. Before pi kelas tu, ce tampal sticky note kat buku dia. Tulis sepotong hadis ka apa ka.

Guna cara halus/sweet/ macam ni insyaALLAH dia suka..dia akan bermuhasabah diri..berfikir sendiri..merenung sendiri..

Kadang tu boleh juga masakkan apa apa or beli sebungkus nasi kat kawan. Kasi kat kawan. Tak salah kadang kadang kita berkorban demi kawan. Tak salah guna duit setakat RM10 kan? Niat ikhlas, minta pertolongan dan petunjuk Allah, insyaAllah, Allah tolong awak, sayang.

Paling senang, tudung bawal crepe. Saya beli dengan harga RM6.00 dan jadi RM7.10 termasuk pos. Shawl labuh hanya RM23. Murah, labuh dan tidak jarang. Ceh macam bisnes pulokkk doh. Hehee. Bukan nak bisnes cuma nak habaq mai kita jangan kedekut nak korban duit untuk kawan kawan. Bukan selalu beli.. tapi tak salah meng-happy-kan sahabat yang kita sayang kan?

Takpun belikan buku tarbiah. Macam macam ada laa ni. tarbiah sentap, tarbiah basah, henshin muslimah dan banyak lagilah.

Macam korang nak kahwin ah. Selalu je dengar kan, nak dapatkan anak, meltingkan mak ayah dia dulu hahahahahahah. Tapi situasi kita ni versi lain. Nak tolong kawan/sahabat berubah kenalah usaha dulu. Aaa gitterrrr.

5.      Ajak kawan ke majlis-majlis agama, ajak kawan pi solat Jemaah kat masjid, ajak kawan join usrah online ke. kalau kat asrama contohnya, awak nak solat tu awak ajak kawan awak sekali. Solat sama sama, lepastu baca al quran sama sama ke.

Nanti kalau ada join usrah, ada sesi Q&A tu suruh la kawan tanya apa apa. nanti pakat tolong. Jadi, tariklah sahabat awak ke majlis majlis ilmu….dapat solat sama sama. Dapat eratkan hubungan. Haaaa insyaAllah.

InsyaAllah sayangs, kalau niat kita ikhlas, bersungguh nak tolong kawan, risau dekat kawan, Allah akan tolong kita. Allah beri dan tunjukkan jalan penyelesaian buat kita. Kawan ni berbagai ragam. Ada yang sangat keras hatinya, ada bersikap penting diri, ada yang memberi alasan “at least aku tak hipokrit’, ada yang take time nak berubah, ada yang dengar dan cuba berubah, dengar kata.
Semuanya perlukan kesabaran, pengorbanan. Sabar. Tabah. Kuat. Letakkan diri kita di tempat mereka jugak. Sebagaimana kita jugak pernah melakukan kesilapan, begitu juga dengan kawan kawan kita. 


Hat ni, khas saya nak pesan dekat kawan kawan yang suka upload gambar kat laman sosial. Awak kena faham ada kawan awak tak suka haplod gambar. Tak suka kasi gambar kat sesiapa. So awak sebagai kawan kena jaga dan hormati. Jangan sesuka hati bagi gambar kawan dekat ajnabi. No no no. Laki tu mintak ke apa, please jangan beri. Jangan fikir kawan awak tu tak kisah. Bab bab share gambar kawan sendiri dekat lelaki ni memang mintak pelempang hahahahahha. So as a friend, nak buat apa apa yang melibatkan hal/privasi kawan, mohon dapatkan kebenaran terlebih dahulu. Jangan anaiya kawan sendiri. Hormati hak kawan awak. Kita bukan mind reader. Kita taktahu apa niat lelaki yang mintak gambar kawan kita tu kononnya nak kenal rapat dengan kawan. Selagi kawan kita ada wali, awak suruh je lelaki tu jumpa wali dia terus habaq ‘Pakcik, saya nak jadi menantu pakcik’. Okay? Arachi?

Why tajuk entry kali ni “Maaf, aku takut”?
Sebab saya nak mohon maaf andai teguran ini melukakan hati kalian.
Sebab, saya nak mohon maaf andai saya lambat menegur kalian.
Dan
Sebab saya sendiri amat takut andai saya tergelincir dalam perangkap syaitan yang boleh menundukkan kita kepada nafsu sendiri. Allahuakbar.

Mohon maaf atas segala bicara dan aksara yang saya susun.

#BERTUNANG – entry seterusnya insyaAllah.


“KALAU KAMU MEMBELA AGAMA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MEMBELA KAMU UNTUK KEMENANGAN DAN MENEGUHKAN PENDIRIAN KAMU”
(SURAH MUHAMMAD 47:7)

Blvckrossee

12 April 2016

No comments: