Tuesday, 19 April 2016

PERTUNANGAN

Pertunangan itu ibarat selangkah lagi untuk ke alam perkahwinan. Namun berapa ramai antara kita yang mengikat tali pertunangan tetapi diibaratkan sebagai pasangan yang sudah sah berkahwin?

Pertunangan tidak akan menutup segala yang haram lalu menghalalkan perhubungan. Pertunangan bukanlah sebuah tiket khas untuk kita bersentuh-sentuhan, duduk rapat rapat dan keluar berdua dari pagi sehingga petang.

Pertunangan bukan juga semata mata untuk menyatakan dia ialah milik kamu buat selamanya. Boleh jadi kamu dan dia tiada jodoh. Boleh jadi kamu dan dia bertengkar sehingga membatalkan perkahwinan. Boleh jadi kedua keluarga pasangan mewujudkan konflik.

Pertunangan, jagalah hubungan itu dengan agama. Bukan menjaga hubungan itu dengan nafsu dan lupa bahawa perhubungan itu jelas dan nyata, ia
haram.

Saya ingin mengulang ayat ini, bertunang tidak menghalalkan hubungan. Jangan sampai kita lupa sehingga hubungan yg asalnya itu 'tunang' tanpa sedar berubah seperti kalian sudah 'bernikah'. Haram tetap haram.

Kasih, sayang mahupun cinta sekalipun, kamu dan dia bukanlah pasangan suami isteri. Jika kamu bertunang dan merancang untuk berkahwin pada usia yang muda, itu ialah rezeki buatmu. Tetapi, harus diingat bahawa pertunangan tidak menghalalkan hubungan. Batas pergaulan antara kamu dan pasangan itu sangat perlu dijaga sebagaimana dituntut oleh agama. Biar kita pandai bezakan keinginan yang halal dan haram.

Memilih pasangan, bukan bermakna ingin hidup bersama semata mata. Ia juga melibatkan bagaimana kamu dan pasangan kamu mendidik anak anak kamu kelak. Perbaiki hati, diri dan kejarlah ilmu agama. Lakukan persiapan. Tambah ilmu setiap hari. Mantapkan diri kamu dengan hijrah dan beristiqamahlah.

Sahabat, coretan ini bukan memerli. Bukan juga berniat menyakiti. Cuma, berpesan dan menasihati. Bimbang dan takut andai kita tersungkur. Ingatlah, setiap peristiwa yang terjadi, tidak mungkin dapat diulang kembali.

#blvckrossee
#aprilempat

No comments: