Tuesday, 31 May 2016

APABILA TIADA ILMU...

Assalamualaikum. 

Allahuma solli a'la Muhammad.

Tertarik dan masih lagi mencintai kisah kisah hijrah. Hijrah seorang muslimah who wants to be better. A girl who sees nothing in life but then she realised that Allah is more powerful. Allah Maha Agung Maha Esa. Pemilik segala galanya. 

Berbekalkan sebuah kisah, aku garap dan kongsikan buat semua. 

"Aku tak tahu nak mula bagaimana. Kau lihat orang sekeliling kau bagaimana? Kau yakin tak kawan kawan atau yang kau panggil kononnya bff sampai mati tu akan stay dengan kau bila kau dah berubah? Kau confident tak? Kawan kau tu bertudung dan behave lah orang kata. Tapi kau yakin tak bila kau nak berubah, dia akan support kalau dan langsung tak ungkit siapa kau dulu?"

Diam. 

"Aku dulu free hair. Pakai tudung bila ke sekolah saja. Tapi free hair aku pun, aku tak pakai baju yang tak tutup punggung. Walaupun agak ketat, aku tetap menutup pinggul aku ni. Aku dulu warnakan rambut. Kau faham faham jela kan bila kita takde ilmu dan kawan rapat yang ada dengan kau pun takdelah nak tegur ke nasihat ke..kau lagilah syok buat dosa. Sebab tak berilmu. Kau mungkin ada kawan yang baik, selalu ada susah senang gelak tawa nangis tetapi belum tentu diorang boleh tegur kau. Kawan baik yang pengecut. Bunyinya kasar tetapi kau tahu tak, bila kau berkawan baik dengan sesiapa sekalipun, hubungan dah macam adik beradik, kau nak tak nak kena tegur kawan baik kau tu bila dia tak tutup aurat dengan sempurna. Betapa ruginya kau bila kau berkawan baik. Ada kawan yang saaaaaangat rapat tapi kau tak manfaatkan peluang yang ada untuk spread dakwah. Lastly, kawan kau terkontang kanting sendiri. Tanpa ilmu dan sokongan walhal kalau kau selami hati kawan kau tu, dia nak berubah, Tapi dia taktahu nak mula bagaimana, nak tutup apa, nak buat apa dan memang kawan kau takde ilmu. 

Dia tatau kaki tu aurat. 
Dia taktau tudung kena labuh dan tutup dada. 
Dia taktau sanggul tak boleh tinggi, baju tak boleh jarang, rambut tak boleh warna. 

Point dia, kawan kau tatau pun.

Dan sebagai kawan, kau nak lihat kawan baik kau hidup tanpa ilmu?
Kita hidup di zaman serba moden, banyak cara kita nak dakwah kawan. 
Dan sememangnya pengorbanan itu perlu. 

Kau tahu tak? 
Aku boleh dikatakan pelajar yang pandai. Dapat masuk boarding school. Aku awalnya masih terbawa sikap jahil aku tu kat sana tetapi aku hakikatnya ditarbiah dengan suasana di sana. Tapi sebenarnya, suasana tarbiah disana tu jatuh nombor dua. Nombor satu ialah, aku ada senior yang sentiasa nasihat aku tentang aurat, Bila dia tengok aku pakai baju kurung ketat, dia tegur aku. Walau dengan baik, lembut dan berkias, aku faham. Aku cuba dan berubah seperti apa yang senior aku tegur. Bila aku tak pakai handsock, dia tegur dan gitau aku lengan tu aurat. Bila aku tak pakai stoking, dia tegur aku cakap kaki tu aurat. Bila aku singsing lengan baju, kawan kawan aku dan senior aku akan tegur aku suruh jatuhkan balik lengan baju tu. 

Why?

Sebab tu aurat :)

Aku sememangnya tak lari daripada rasa malu dan susahnya nak berubah. Tetapi disebabkan aku punya dorongan yang kuat daripada orang sekeliling walaupun aku tak minta mereka ajar aku berubah, walaupun aku tak cakap aku nak berubah jadi seorang muslimah yang solehah, tapi senior senior aku, kawan kawan yang baru aku kenali tu cukup kuat dan berani mentarbiah aku. Mereka selalu tegur setiap kali aku melakukan kesilapan. Atau lebih tepat lagi, buat dosa. Aku sedar merekalah insan yang hebat. Insan yang takmahu saudara sendiri ke lembah neraka. Insan insan yang nak lihat saudaranya dekat dengan Allah SWT. 

Aku dulu solat pun tak cukup. Aku ni nak angkat tangan berdoa jauh sama sekali. Boleh kira dengan jari la berdoa berapa kali seminggu. Aku dulu sms dengan jantan tu jantan ni. Walaupun tak couple tapi kau tau tak sms calls apa semua tu tetap dosa. Tapi dulu aku TAKTAHU itu semua dosa. Yang aku tahu selagi tak berzina so tak berdosa. See! Betapa ramainya yang TIADA ILMU. JAHIL ILMU. Pergerakan aku terbatas. Walaupun aku tidak tutup aurat dengan sempurna, solat terkontang kanting tetapi aku bukan perempuan yang keluar dengan jantan, bukan perempuan yang boleh dipegang sana sini. NO. Aku sedar maruah aku, diri aku sememangnya untuk insan yang bergelar suami, Aku memang tak ada experience dating dengan pakwe pun walaupun dulu pernah juga couple di sekolah tetapi kalau terjumpa kat mana mana tu so waktu tu jela jumpa. Takdelah berhuhu hahaha bersweet sweet tu. Aku geli tau. Takde maknanya nak keluar makan kat mana mana lepastu call sampai pagi buta. Dan takde maknanya nak tukar tukar jantan. Couple dengan si A lepastu putus couple dengan orang lain pulak. 

Tetapi, apa yang boleh aku simpulkan, bila aku solat, aku akan berdoa agar Allah beri aku hidayah dan petunjuk. Yes, aku kurang berdoa tetapi bila berdoa, aku nak sangat aku dapat hidayah. Tak kiralah masa mana sekalipun. Aku akan berdoa agar Allah beri hidayah pada aku. Aku sejujurnya taktau apa itu hidayah. Apa skop hidayah atau hidayah tu macam mana sebenarnya, Tapi aku tak tinggal doa 'Ya Allah berikanlah aku hidayah'. Aku cetek ilmu. Aku taktahu macam mana nak dapat ilmu tu. 

Bila aku dah mulai hijrah, ada dari kalangan kawan baik aku inilah yang bertanya soalan bodoh, yang mengejek dan menyindir. 

"Eh dah tudung labuh ea sekarang?"

"Betul ke dulu tak pakai baju ketat?"

"Kau dah berubah ea?"

Memanglah, kalau kau dengar apa aku cakap tu tak bunyi mengejek. Tapi kau tau tak nada diorang cakap dan wajah dia macam mana? Macam minta ditampor tau.

Masa tu aku geram nak jawab, 

"Yang kau ni bila lagi hijrah? Asyik tukar jantan. Kau tahu rambut tu aurat dan haram dilihat so macam tu jugaklah couple. Jumpa sana sini ikut jantan. Tak malu ke?"

Tapi, ia sekadar di dalam hati. MALAS aku nak fikir tentang 'kawan baik' yang so sweet tu. Aku senyum je. Dia banyak tanya soalan yang bagi aku, 'Hey kau tak perlu tanya lah weh. Soalan kau tu berunsurkan sambal lada yang superpedas. Kalau aku lemah semangat dah lama aku give up'. 

Itu baru soal 'kawan kawan baik'. Belum lagi mulut lain yang mengata. Kau tahu tak, bila kau benar benar faham, kenali mereka yang baru berhijrah or dah hijrah ni, banyak liku dorang kena lalui. Dari mulut kawan perempuan sampailah kawan lelaki. Kadang tu, aku rasa mulut kawan kawan yang berjantinakan lelaki tu dah jadi perempuan kau tau. Mulut laser gila. Aku terkadang ada fikir, macam mana dia nak pimpin dan didik isteri atau anak anak nanti dengan sikap sedemikian? 

Aku cuba sarungkan tudung labuh. Aku rasa bahagia gila. Aku rasa aman je dunia. Rasa best entahlah aku sukar nak cakap. Memang lain gila rasanya. Rasa nyaman, tenang. Tapi kemudian datanglah berbisik syaiton durjana pada aku...aku tiba tiba rasa malu nak pakai tudung labuh. Masih terngiang ngiang mulut mulut orang sekeliling kata aku macam macam. 

Aku perbaiki solat aku. Aku tak tinggal solat sunat hajat. Macam macam aku doa aku pohon lebih lebih lagi kekuatan mental dan fizikal aku. Aku lemah dan sebenarnya aku taktahu nak rujuk siapa. Tetapi, miracle happens. Allah tu Maha Mendengar. DIA akan hadirkan kau dengan insan insan yang boleh tolong kau, pimpin kau dan support kau. DIA permudahkan segala urusan aku dan aku lihat BANYAK HIKMAH yang tersembunyi di awal hijrah aku. 

Tapi satu je aku nak gitau kau, kau jangan putus asa. Kau boleh menangis bersedih dan buatlah apa sekalipun tetapi jangan pernah give up. Waktu kau hijrah tu lah kau boleh tengok mana madu mana racun. Mana stay mana tak. Mana beri beban mana beri sokongan. Kalau kau give up, kau rugi dan sangat sangat rugi.

Berdoalah untuk hidayah dan petunjuk. Allah dengar doa doa kau. Bersangka baiklah. Macam macam ujian yang kau akan lalui tetapi Allah sentiasa ada untuk tolong kau. Bila aku dah lama tinggalkan kehidupan jahil aku, aku boleh buat konklusi tentang banyak hal terutamanya friendship. Kau boleh lihat kawan kawan kau yang baik dan perfect tetapi masih melakukan dosa yang sama. Aku tak perlekehkan mereka. Cuma, inilah masa untuk sampaikan ilmu sebagaimana sewaktu aku jahil dulu, Allah hadirkan insan insan yang menyampaikan pelbagai ilmu buat aku. Aku kena bertindak sekarang dan berusaha mencari ilmu. Bukannya kena berdiam diri dan let go dengan hijrah aku ni je. Aku perlukan ilmu dan aku juga perlu sampaikan ilmu. 

Aku kena grab peluang untuk sampaikan ilmu dan give the best to others. Aku tak mahu berdiam diri dan hanya guna dan amal ilmu sorang sorang. Kau tahu tak, betapa kita dahagakan ilmu. Betapa kita perlukan ilmu dan betapa kita perlukan ALLAH SWT. 

Sejahil manapun kau, kau kena sentiasa ingat untuk mohon hidayah dari Allah. Jangan buat benda haram. Hijrah ni memang perlu pengorbanan. Ya aku tahu kau sentiasa dengar ayat tu...'hijrah perlukan pengorbanan' tetapi yang pernah melalui betapa pahitnya hijrah memang akan benar benar faham dengan ayat aku tu. Pengorbanan bukan sekadar ayat tetapi dalam pengorbanan itu kau perlukan kekuatan yang maksima. Kau perlu tinggalkan semua yang boleh buat kau diheret ke neraka. 

Kau tahu tak apa yang paling aku menyesal?

Bila aku tak mampu jadi anak yang solehah buat ayah aku sejak dulu lagi. Aku tahu, dosa dosa aku buat ni akan mengheret ayah aku ke neraka. Aku sedih kenapalah sekarang baru aku sedar semua tu. Tetapi, aku tahu dan sangat bersyukur..sekurangnya aku tahu betapa pahitnya dan jahilnya aku dulu dan dengan KUASA ALLAH SWT sahaja aku mampu berubah sebegini. Sungguh, Allah itu Maha Agung. Allah...aku tak terfikir aku mampu berjalan sejauh ini dalam hijrah aku. Tapi, masih...aku perlu banyak ilmu. Aku perlu bantu saudaraku yang senasib denganku. 

Kita ni, memegang title kawan, sahabat. Kita sebagai kawan sebagai sahabat kena tolong kawan kawan kita yang lain. Slowly. Tolong sampaikan ilmu. Aku yakin ramai yang masih tidak diberi pendedahan tentang aurat. Aku tahu masih ramai yang cetek ilmu. Sebab tulah pentingnya kita sebagai ummah kena sampaikan ilmu. Serious aku cakap, jangan abaikan tanggungjawab untuk kita sampaikan dakwah. Walau apa jua cara sekalipun, sampaikan pesan, nasihat dan dakwah.

Orang tak lari daripada judge kau. Orang yang baru kenal sekalipun, bila dia dengar pasal diri kau yang dulu tu, ada yang akan bercakap about your past tetapi ada juga yang melihat siapa kau sekarang. Tapi semua tu tak penting. Yang penting kau mampu istiqamah. Kau mampu bawak diri ke jalan yang benar dan paling penting kau sanggup tolong ummah!"


Pastinya banyak kisah kisah hijrah yang  boleh membawa manfaat buat semua :) 
InsyaAllah, bakal share banyak lagi. 

Jom!
Kita belajar daripada orang lain. Kita pelajari dan travel dalam kehidupan orang lain. 
Banyak pengajaran yang bakal kita nikmati dan cukup membuatkan kita rasa kerdil. 


Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali...
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain...
Itulah hakikat manusia!
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan...
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu.
Itulah Dia Allah!



TheBlvckrossee. 
http://blvckrossee.blogspot.com/
















No comments: