Sunday, 26 June 2016

LIFE IS A REALITY TO BE EXPERIENCED!

Assalamualaikum readers!

#1

Semasa di kem, aku paling malas nak outing. Tapi disebabkan fulus yang semakin menipis, aku keluar outing untuk ke bank. Aku beratur dengan kawan kawan yang lain. Atas seorang tu sebenarnya 4 5 orang yang mintak tolong keluarkan duit. Sebab tulah ambik masa yang lama. One by one sampailah turn aku dengan member. Kat belakang kami dah riuh mulut seorang lelaki yang bagi aku tak sepatutnya berkelakuan sedemikian terhadap kami. Sound kami sejak dari tadi. Nak cepat, dok sound kami ni lambat la apa la. Kami diamkan je. Lastly aku gitau member semasa giliran kami,

'Okay, kita stop. Kasi mamat tu dulu'

Panas jugak hati ni bila ada insan yang show attitude lagutu. Sabaq la. Kami pun beratur panjang, bang. Nak sampai ke turn kami tu, lenguh bang kaki kami ni. Bukan 10 minit berdiri beratur tu tapi lebih dari 10 minit. Senyum sikit :) Dan kami walaupun duduk di kem, padat dengan latihan, seawal jam 4 5 pagi lagi dah bangun, kawad, lari tapi ada je antara kami yang berpuasa... letih jugak bang depa pun. Tapi itu bukan point nya. Point aku kat sini is... attitude abang ni yang kurang ajar dan pakaiannya yang membuatkan aku gerun. Takut sebenarnya. Asyik duk ulang ulang kata lambat, sound, marah marah kat belakang, so better aku dengan member stop. Aku rela pergi belakang dan beratur balik. Baru satu kad je sempat.

Kawan kawan yang lain, yang beratur kat mesin lain just diam jaa. Senyap tu lebih baik kan haha. Macam apa yang aku decide. Haa, nak cepat sangat kan bang? Aku kasi je. Lepastu baru diam. Kalau ada masalah, nak cepat sebab ada emergency ke, boleh cakap elok elok. Kita sesama melayu takkan berdegil dan takkan lah tak boleh tolong kan? Kalau kata ada anak kecil tunggu dalam kereta, nak cepat sebab risaukan anak, haa bagitahu. Dengan senang hati kami beri kat abang dulu.

Suasana yang harmoni tu tidak hadir sendiri. Kita sebagai manusialah yang perlu mewujudkan suasana harmoni tu. Saling bertoleransi, berbuat baik dengan semua orang dan bahagiakan orang lain. Kita tak tahu bila kita nak minta maaf dengan orang yang kita sakiti. Dengan apa yang diperkata, marah marah semua tu boleh membuatkan orang sekeliling tak selesa dan panas hati. Nasib tak menyumpah.

Dapat pengajaran hari tu. Bila kita tak suka sesuatu perkara terjadi kat kita atas sikap tertentu, kita pun akan usaha tak akan bersikap sedemikian dengan orang lain. Sebab kita tahu perbuatan tu tak baik. Tak patut ditunjukkan apatah lagi diamalkan. Terima kasih bang. At least saya terima sebuah pengalaman yang bernilai. Betapa pentingnya kita amalkan nilai nilai murni dalam hidup. Barulah harmoni hidup kita ni ^_^

 
Life, a reality to be experienced!


#2

Kejadian 4 5 tahun yang lepas. Masa tu just keluar berdua dengan ma. Masa tu tak reti drive lagi. So jadilah kanak kanak ribena. Ma drive then kita huha huha kat tepi. Ada time kita selpie hahha. Lepastu kena tegur HAHA.

Hajatnya haritu nak beli kain, buat baju raya. Waktu tu tengah cuti so keluar awal awal memandangkan aku masa tu belajar di terengganu. Siap kunci kereta, berjalan jalan dengan ma nak masuk ke dalam kedai. Tapi bese la kan bila berdua dengan mak ni macam macam kita borakkan sampai tak hirau benda lain dah.

Sampailah aku terdengar ada orang panggil. Aku ingatkan pak cik ni panggil orang lain so aku teruskan berjalan. Kemudian, dipanggil lagi. Aku dengan ma menoleh. Lihat seorang pakcik mendekati kami. Lusuh pakaiannya. Bajunya kotor. Allah...

Tengok pula pada tangannya yang penuh dengan ubat sampai hampir terjatuh plastik ubat tu. Bayangkan agak jauh dia berjalan dari hospital tu sehingga ke kedai kain. Macam macam jenis ubat. Tak sempat nak baca one by one. Pakcik tu..sebak bila memandang dia.. Bila kami menoleh, pak cik tu tanya,

"Ada RM2? Pakcik nak buat tambang balik ke rumah"

Ada pakcik mention kat mana rumahnya tapi aku lupa. Allah...Allah.. pakcik..  tak tahu nak cakap lagumana.. Rumah pakcik tu agak jauh.. agak agak ada ke yang still ambik bayaran RM2???

Lepastu ma hulurkan duit. Bila ma hulurkan duit, cepat cepat pak cik mendoakan kami sekeluarga.. Allah.. doa itu sangat bernilai pak cik. Doa itu sangat bernilai..sangat! Apatah lagi doa dari seorang yang kita tidak kenali.. Terima kasih pakcik, sudi doakan keluarga kami.

Seringkali kita mengeluh sebab tak dapat itu ini. Dapat motor, nak kereta. Walhal orang len nak beli motor pun berpeluh seluruh badan buat kerja. Allah..alhamdulillah. Bagi aku, inilah hadiah dari Allah SWT. Allah nak kita lihat kesusahan hidup orang lain... Allah nak kita pandang pada mereka yang susah dan memerlukan..bukannya asyik mengeluh dan membezakan kehidupan sendiri dengan orang lain yang jauh lebih mewah hidupnya.

Pertemuan yang memberi pengajaran dan pengalaman.

Ada orang dok fikir apalah nak makan hari esok sebab tiada langsung makanan yang ada di dalam rumah tapi kita pulak dok fikir pakaian hat manalah nak pakai esok sebab nak dating dengan gupren boipren.

Allah.. sebuah pertemuan yang mengangkat tinggi nilai syukur dalam
diri kita sebagai hamba!
  Life, a reality to be experienced!


#3


Keluar dengan Yayah ke bandar. Lepastu nak singgah di SMO. Mulanya cik yayah ni agak malas tapi ikutkan jugak keinginan aku ni.. Aku lah yang mengada haritu nak tengok tengok novel. Cakap dekat cik yah ni.. 'janji tak beli. tengok je' dengan muka paling cun aku buat. Yela, just nak tengok kot kot ada novel terbaru RAM.

Aku cepat cepat naik ke tingkat atas. Belek belek harga dengan sinopsis. Kalau sinopsis entah apa apa memang aku tak beli. Jenis aku kalau novel tu punya sinopsis gempak, surprise, memang terus grab. Tapi haritu tak ada langsung yang berkenan di hati.

Kalau tak silap haritu cik yah beli majalah. Aku masuk tangan kosong keluar pun tangan kosong. Masa nak keluar, aku terpandang seorang pak cik ni yang duduk depan kedai. Senyum pada aku dan minta kalau kalau ada RM1. Ya pakcik, tipu kalau kami tak ada RM1. Bahkan sekarang..harga air pun dah RM2.00.

Cik yah dah ke depan. Aku panggil cik yah. Aku buka beg dan beri sejumlah wang.

Sejak dulu, kalau aku lihat gelandangan, lihat pengemis, aku memang nak tanya banyak soalan. Aku nak tahu why hidup mereka jadi begitu.. Tapi adakalanya aku takut nak bertanya. Haritu ringan pulak mulut aku.


'Pak cik memang tak ada rumah?'



'Keluarga ada lagi? Isteri?'



'Anak?'



'Adik beradik?'


Satu persatu soalan aku dijawab. Selepas tu aku nampak pak cik kesat air matanya. Rasa bersalah tiba tiba dalam diri aku. Tapi disebalik rasa bersalah tu, aku bersyukur bila aku dapat tahu apa yang dah terjadi dalam hidup pak cik.

Berkahwin tetapi selepas itu segala harta bekas isterinya ambil. Anak tiada. Ada seorang adik perempuan di negeri lain. Itu yang aku boleh beritahu.

Pernah aku dinasihatkan,

'jangan terlalu memberi sebab pengemis ke gelandangan ke kadang kadang bukannya betul sangat pun susah. Bukannya dhaif sangat pun. Tu hat jadi gelandangan hat jadi pengemis tu dulu pernah buat salah dekat anak bini la tu sebab tu hidup dia jadi lagutu yada yada yada'

Banyak lagi pesanan yang aku terima.

Tak apa. Apa kita beri itu ialah amal kita. Dia tipu, itu urusannya dengan Allah. Sungguhpun ada diantara mereka yang hakikatnya hidup tak dhaif tapi meminta sedekah, mungkin kita saja yang rasa hidup depa tak susah tapi susah sebenarnya. Kalau ada yang menipu, tak apa. Kita tak buat salah apa apa. Kita memberi :) Asalkan pemberian kita tu ikhlas.

Soal hidup mereka di zaman lampau mereka..apa mereka salah atau pernah berbuat jahat berbuat dosa dengan keluarga, itu ialah kisahnya. Setiap manusia punyai peluang untuk berubah. Bahkan selagi kita bernyawa, selagi itu kita masih punya peluang untuk bertaubat, berubah. Kita semua pendosa. Jadi tidak perlulah kita menjadi Tuhan.

Mencemuh dan mengetengahkan kehidupan silam seseorang tidak akan menjamin kebahagiaan kita walau seinci pun. Tiada kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Allah.. nak bercakap sola kemaafan, banyak selok beloknya. Sebagai hamba, kita tetap kena merendah diri, mengakui silap dosa kita yang kita lakukan lalu kembalilah kepada Allah.

Siapa pun mereka, siapa pun kita, selagi kita masih hambaNYA, maka ingatlah, Allah itu Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun. Ada yang telah mendapat balasan daripada perbuatan mereka pada masa silam mereka.

Kita?

Hakikatnya kita ni pun banyak dosa. Salah dengan mak, salah dengan abah, salah dengan adik beradik, dok ngumpat cikgu, ngumpat member, rude dan banyak lagi. Kita, kalau 'sombong' memang dah tak nampak dah silap salah sendiri tetapi aib orang, keburukan orang, masa silam orang pulak yang kita senang senang heboh hebohkan.

Hakikatnya,

Kita rugi.

Soal memberi sedekah, berilah. Hulurlah pada mereka yang memerlukan. Kalau ada pengemis yang sebenarnya menipu, kita tak rugi apa apa sayang. Yang rugi tu mereka. Memberilah dengan ikhlas.Tak perlu wang berjuta baru nak sedekah. Bukan kena tunggu kaya baru boleh sedekah. Sedekah, banyak caranya. Bukan hanya dengan wang semata mata. Bersedekahlah kepada fakir miskin. Bersedekahlah walaupun mereka berpura pura sakit, tak ada duit. Tak rugi. Siapa cakap rugi? Walaupun  dia tipu kita, tapi pahala sedekah tetap kita dapat. Kalau kita asyik fikir semua pengemis itu menipu, kalau kita asyik fikir gelandangan itu menipu, lepastu bila kita nak bersedekah? Allah tahu niat kita, sayang. Allah nampak apa kita buat. Allah tahu tahap keikhlasan kita

Jadi, berlumba lumbalah dalam melakukan kebaikan. Biasakan tangan untuk bersedekah. Jangan biasakan diri untuk beralasan. Orang yang mencipta alasan, mereka sebenarnya dalam kerugian yang besar. Sebab apa? Sebab mereka tidak bertindak. Fikiran mereka terhad apatah lagi tindakan yang tidak membawa manfaat kepada diri dan ummah. Masyarakat kita sekarang ni, takut nak keluarkan duit untuk sedekah RM5 atau RM10. Tapi, keluar duit beli telefon mahal-mahal, boleh pulak. Tu baru telefon. Belum lagi beli perhiasan telefon tu sampai beratas ratus. Belum buruk tapi dah beli yang baru. Lantas, golongan yang memerlukan dikatakan menipu dan lain lain. Saya tidak menafikan, ada yang menipu. Tetapi, kita tak boleh baca hati orang. Cuma, kalau niat kita baik, ikhlas, pasti...pasti ada ganjaran dari Allah SWT.


Kita, tak sampai pada tahap sedemikian lagi. Mungkin kita tidak 100% dapat memahami. Tetapi kita adalah golongan yang masih mampu memberi. Kisah pak cik tadi aku jadikan pengajaran. Sebagai anak, tak kisah berapan usiamu, hargai selagi masih ada. Mungkin ada yang tidak bersefahaman, ada selisih faham dengan mak ayah sampai berbulan bertahun tak balik, tapi, tetap... ketahuilah keadaan mak ayah kita bagaimana.

Tiba tiba pula aku teringat dengan seorang pak cik yang menjual minyak wangi di hadapan bank BSN, bandar kota bharu. Aku dengan Akmal tersalah lorong. Kebetulan dia ada disitu. DItegurnya kami dan beritahu kena lalu ikut mana. Terima kasih pakcik, tolong kami :)
Bila lihat pakaiannya, Allah.. sedih. Bagaimanalah kalau pak cik tu mak ayah kita? Urat tua yang masih gagah.. mencari rezeki dan turut memberi senyuman..

Life, a reality to be experienced!

Salam Ramadhan!

Bagi yang dapat berpuasa, kejar sungguh sungguh 10 malam terakhir ni :)

Life is ten percent what happens to you and ninety percent how you respond to it.




Mushroom note : Setiap hari, apabila kita membuka mata, kita melakukan apa sahaja sehinggalah kita kembali menutup mata untuk tidur, ketahuilah... dalam sehari itu, begitu banyak pengajaran dan ilmu yang kamu perolehi :)









No comments: