Sunday, 31 July 2016

DAIE - ALONE OR NOT ALONE?

Assalamualaikum wbt!

Allahumma solli a'la muhammad.



Hello gais.

Sampai kat Taman Tg Anis, tempat gathering and meeting kami tu, semua macam dah get ready untuk usrah dan makan. Rasa bersalah dalam hati sebab sebenarnya sengaja sikit nak datang lewat *emoji nangis*. Datang awal tapi niat tu nak jumpa Hasbi dulu. Mummy miss you a lot Hasbi. Rindu sampai tiap hari teringat dekat pipi pau Hasbi haha. Sampai rumah kak yong, lamak Hasbi tidoq. Sampai hati *emoji nangis*. Mummy datang jauh jauh nak jumpa awak sayang! But mummy dont care, kak yong marah aku sebab sedarkan si Hasbi tapi degil. Aku kejutkan jugak Hasbi. Celik mata slow slow lepastu senyum! Eh! Main senyum senyum pulak sayang mummy ni hahahaha.

Alhamdulillah, sekejap je tapi rasa lega. Lepas rindu dekat Hasbi.
Haihh, tengah rindu Hasbi pulak ni T_T

Hehee.

Bau baby ni suatu ketenangan, kan? :)

Bila sampai, salam kiss and hug semua. Lepastu terus mula usrah. HAHAHAHA. Nampak sangat la depa dok tunggu ceq adoi ceq rasa bersalah betul T_T



Tajuk hat kak isma sampaikan memang membuka mata. Banyak kali kak isma sebut 'daie' semasa sampaikan usrah. Dan disebabkan perkataan daie itulah juga aku tersentap banyak kali. Dushh dushh! Hantuk kepala kat dinding. HAHA.

'Daie ni tak boleh keseorangan. Kita nak ajak orang, nak berdakwah, tak boleh berseorangan.
Kalau boleh biar dalam kumpulan. Jemaah'

Dan banyak lagi yang kak isma sampaikan. Aku hangguk hangguk berkali kali. Setuju sangat. Kita sememangnya tak boleh berseorangan. Kita ini berbeza, tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Kita punya acuan yang berbeza, tetapi destinasi kita sama. Kita nak sampaikan dakwah, nak berpesan, menasihati dan banyak lagi. Kita tak sama tetapi kebolehan yang pelbagai itulah yang melengkapkan kita, membantu kita untuk mantapkan lagi diri seterusnya untuk kita istiqamah.

Sampai turn aku, aku ada sebut,

'.....saya beri contoh. Kalau kita ada kawan yang pendiam di dalam kelas, seolah olah hidup sebatang kara, agaknya bagaimana? Sunyi. Memang sunyi sebenarnya. Kita nak cari ilmu, kita nak dapatkan ilmu tu kita kena bergaul. Macam kita nak sebarkan ilmu, nak dakwah, kita kena bergaul. Sebenarnya banyak lagi ilmu kita kena explore, kita kena cari, kita nak perbaiki. Macam mana nak dapatkan ilmu? Bergaul'

Aku lupa apa lagi yang aku sebut haha.

Kita semua daie. Kita semua kena sumbangkan sesuatu buat ummah. Tak dapat sumbang banyak, sikit pun jadilah. Asalkan ada usaha kita sebagai seorang Islam. Sebab itu aku mention, perkataan daie itu ibarat memukul mukul badan aku, jiwa aku. Tiba tiba rasa tak layak dan sebagainya. Weh, daie weh! Perkataan yang ringkas dan pendek...tapi masyaAllah... tanggungjawab tu besaq! Berulang kali cakap dalam hati, aku tak layak, aku tak mampu. Bahkan aku sendiri belum tentu dakwah diri sendiri apatah lagi nak dakwah, nak pesan, nak sampaikan ilmu bermanfaat kepada orang lain.

Jauh dalam hati,

'Aku...masih bertatih'

Tapi apa yang kak ros sebut tu lagi memeranjatkan aku. Tiba turn kak ros, kakak aku yang satu satunya berani panggil aku adik depan diorang *aku segan pulak haha*, kak ros sebut,

'...ni pengalaman saya sendiri lah. Kita nak berubah nak hijrah ni..susah sangat nak mendekati golongan yang beragama. Mereka macam hidup berkelompok. Mereka mereka je. Susah nak masuk, berkawan'

Lagilah aku angguk lelaju. Betul la tu kak. Sebab, saya sendiri pun mengalami peristiwa yang sama. Bukan sekejap tapi lama bahkan sekarang pun masih ada sesetengah yang berpurdah berniqab tapi tak berkawan dengan orang biasa biasa *i mean yang tak berpurdah berniqab*. Bukan judge, tetapi realiti. Bukan kata semua tapi sesetengah. Kena faham tu. Arachi?

Kadang, kita tengok orang yang tak pakai niqab tak pakai purdah ni, mereka bukannya sebagaimana kita lihat mereka. Tak kata dekat orang lain, ni aku share pengalaman sendiri. Tahu tak, hijrah ambil masa yang agak lama. Bukan mudah dear. Dari bertudung singkat kepada bertudung labuh. Dulu, aku tak benci golongan bertudung labuh ni. Tak ada benci ke apa ke. Tapi dalam hati aku ni, satu je. Aku nak jadi macam mereka. Aku tak ambil langkah drastik. *betul ke perkataan drastik tu hahah*. Tapi aku lebih suka step by step.

Gadis gadis sekarang, asal berubah je ingat purdah, niqab.
Asal nak hijrah je fokus niqab, purdah.

Bukan.

Perkara pertama nak berubah atau hijrah is not PURDAH OR NIQAB.
For me, purdah ni lasssttttt sekali.

Sekali lagi, jangan salah anggap. Bukan semua tetapi segelintir.

Jangan fokus lagi pada purdah/niqab tetapi fokus pada hal hal lain yang WAJIB dahulu. Stoking tu pakai. Stongan pun sama. Tudung kena labuhkan, jangan pakai hat jarang. Baju baju yang ketat sendat tu tinggalkan. Banyak sangat kena ubah. Bahkan nak ubah SOLAT STYLE pun amat sukar bagi aku. Jaga solat. Jaga solat tu dulu. Biar cukup 5 waktu lepastu cuba jaga waktu solat. Cuba dulu. Quran tu, istiqamah. Belajar benda benda lain yang memang perlu dan wajib. Baru fikir purdah. Bukannya direct to purdah.

Susah dear nak capai satu persatu..Nak rasa pahit manis peringkat demi peringkat. Lagi satu, pemikiran. Ada orang, bila hijrah, terlalu melampau hijrahnya. Contoh.. ada hal yang memerlukan seorang perempuan dan seorang lelaki bertemu. Tapi atas hal yang sememangnya penting dan ditempat umum. Tapi disebabkan sikap dan cara amalkan ilmu tu tak kena, dia terus 'haramkan' pertemuan itu atas alasan kerana berdua duaan. Ya, memang. Berdosa berdua duaan. Tetapi kita tengok pula dari segi tempat dan urusan itu penting atau tidak.

Aku jugak tak maksudkan bahawa kena perfect dulu baru boleh pakai niqab atau purdah. Check diri, tanya hati. Apa niat dan bagaimana. Sebab acuan kita berbeza, niat kita lain. Ada orang, berhijrah, berpurdah.. sekelip mata. Tetapi tak lama kemudian buang purdah..tak lama lepastu buang tudung labuh pakai tudung macam biasa..lepastu terjebak dengan cinta. Tak pelik pun sebab memang benar benar terjadi.. tinggalkan purdah kerana ingin bercinta. Itu antara peristiwa yang berlaku. Tetapi untuk masa akan datang, kita taktahu bagaimana kan? Hidayah itu milik Allah.

Berbalik kepada 'susah nak bergaul, berkawan dengan golongan daie muda. Mereka mereka je dan susah nak rapat'. Yela, kita nak cari ilmu, nak sokongan. Sokongan dan pengaruh yang baik ni amat penting dalam hidup kita ni. Lebih lebih lagi bagi mereka yang baru hendak mengenal dunia tarbiah, yang baru nak hijrah. Banyak sangat benda kena berkorban, banyak sangat perkara yang perlu ditinggalkan, dijauhkan dan dipadam terus dari kamus hidup. Its not easy. Tetapi ada segelintir golongan yang beragama ini sangat sukar untuk mendekati mereka yang biasa biasa.

Sampaikan ada mereka yang nak berubah tu, rasa tak layak, rasa susah sangat. Kita, kalau kita memegang imej purdah/niqah ni terutamanya, kita kena jaga imej itu sebaik mungkin. Memang kita tak sempurna, memang kita tak maksum tetapi jangan gunakan alasan itu untuk membiarkan keburukan dan kelemahan kita berlanjutan tanpa seinci pun rasa hendak ubahkannya. Kita jangan didik diri jadi manja dengan alasan 'aku pun tak sempurna' tetapi cuba kata 'aku akan perbaiki kelemahan aku'.

Sebab itu kita sering dengar, baca di laman sosial bahawa mereka yang berlatar belakangkan agama ni, sangat susah nak dekat dengan orang awam yang biasa biasa ni, ada tu yang memang tak masuk dekat sebab tak pakai purdah sekali. Allah..jauhkan niat tak elok dan attitude sedemikian.

Ada juga yang berkata, kalau di tempat belajar, golongan berniqab ni mereka bergaul dengan sesama berniqab je. Memang kawan kawan semua macam tu. Kami yang biasa biasa ni tegur pun jarang atau dengan kata lain, memang tak bergaul langsung.

Itulah masalah yang kecil dan orang pandang remeh tetapi sebenarnya amat perlu diperbaiki. Ada dikalangan mereka tak berpurdah tapi teringin sangat nak ubah pakai tudung labuh. Ada tak kita cuba dekati? Tolong? Bukan kata, dekati sesiapa lepastu terus tanya. 'nak pakai tudung labuh tak?'.

Tak.

Berkawan tetapi IKHLAS.
Ikhlas in everything.

Berkawan seramai yang mungkin. Tegur menegur, sembang sekali sekala, ajak makan sama sama, ajak join charity. Banyak sangat cara. Kalau kita ada usaha nak dekati, Allah pasti bukakan jalan. Allah pasti permudahkan, tunjukkan pada kita setiap ruang dan peluang.

Di luar sana, amat ramai yang ingin berubah, mencuba untuk berhijrah. Ramai sangat teringin nak berjubah, bertudung labuh dan banyak lagi tetapi tiada kekuatan dan sokongan. Marilah kita sama sama mendekati, berkawan dan cuba tolong apa yang patut.

Dan, kita termasuk diri saya sendiri, yang nak sangat berubah dan berhijrah menjadi seorang gadis yang lebih baik ni kenalah explore, bergaul dan mencari ilmu itu. Usahalah. Nak ilmu, bergaul. Bergaul dengan mereka yang baik baik, yang ada aura positif dan dapat bluetooth aura positif tu kat kita hahahaha. Dan, terkadang tak perlu cari yang 24 jam sembang agama pun tetapi yang selamba, rock dan kadangkala gangster tetapi tahu jaga diri dan istiqamah semua perkara. Kadang tu, dia tak berjubah berserban pun tetapi dalam diam dia hafiz/hafizah. Ada tu berpakaian selekeh, kereta tak mewah pun, pakai motor kapcai je tetapi sebenarnya professor.

Berilmu dan sebarkan ilmu.

Kita masih cetek ilmu, banyak kena tampal, kena cari, baiki, jahit dan sulam so kenalah usaha sedikit untuk mencari ilmu dan amalkan ilmu tu. Kita yang berniat nak berubah ni kena pandai pandai cari, kena usaha nak belajar. bergaul. Dan kita yang memegang imej brpurdah berniqab ni jangan terlalu kecilkan pergaulan tetapi kembangkan pergaulan seperti kita pukul telur putih untuk buat pavlova sehingga kembang dan tak jatuh bila diangkat dengan spatula. Cehwahhh hahahahaha.

*sis suka baking*

Kalau sis, sis suka berkawan dengan orang yang bising macam sis tapi tahu waktu bila kena serius dan diam. Yang sporting dan tak berjiwa tooooo sensitive. Sis simple and sangat sukakan keharmonian, dan sis tak suka orang yang sikit sikit nak marah nak merajuk. Heiii dah besar kan. Benda remeh jangan nak sensitif sangat dan tak bercakap berhari hari lepastu si kawan ni taktahu apa punca. Emosional sangat eh HAHA.

K k sis nak kongsi #momentindahsempenasyawaldanmeetinggps











Mengada je kang nak ambil gambar camni hahaha. 

Mal : "Kak long tak boleh berjauhan dari saya. 
Dia nak saya sentiasa ada dengan dia. Saya ni macam nyawa dia"

HAHAHA. Amboi.. Makan buah kupas sendiri nampak :")













Maaf. Saya harap pembaca tak salah faham dan buat andaian sendiri. Ini penulisan biasa, ada teguran, ada perkongsian ada nasihat. Berulang kali saya sebut bukan semua tetapi segelintir termasuklah diri saya sendiri.

No comments: