Wednesday, 7 June 2017

RESEPI AYAM BAKAR BLACK PEPPER

Assalamualaikum gais!

Happy Ramadhan everyone. Bulan posa, banyak banyaklah berdoa for what we want. Cuti study week ritu dapat balik so dapatlah sambut puasa with family, lengkap sekeluarga! Adik ada, ma abah ada. For sure, sekarang kena kumpul banyak banyak masa with family. We don’t know bila masanya one of us akan pergi berjumpa Ilahi.

*smile

Haa so duduk rumah, apa lagi. Lepas geram. Masak ikut nafsu nak makan. Bagi yang suka masak, masak memang akan jadi korang punya satu cara paling efektif untuk hilangkan bosan, hilangkan stress or saja saja nak masak. Lagi lagi tengok family makan, habis.

Wallahi, suka benar!

Resepi ringkas, easy to do. Kat memana pun senang ajo eh. Tapi aku ni jenis masak main campak asal jadi. Memang tu ler tema masakan aku. Campak campak terus sedap. Hahaha.

BAHAN-BAHAN

-     Ayam ( nak buat sekoq macam ayam golek pun takpa, nak potong potong pun takpa, ikut sedap hati nurani )
-         Sos black pepper
-        Sos labu  ( optional )
-        Sos tiram
-        Sos ikan ( nama lain bagi sos ikan rasanya sos napla kot )
-        Lada hitam ( tumbuk halus )
-        Serbuk cili ( sikit je nanti lari rasa black pepper tu )
-        Halia ( cincang or tumbuk halus )
-        Bawang putih ( tumbuk )
-        Olive oil


BAHAN HIASAN

-          Tomato
-          Daun bawang
-          Kentang ( direbus )
-   Brokoli


BAHAN LAIN

-          Daun pokok pisang ( Untuk bakar ayam )

CARA MEMBUAT :

Cara nak buatnya senang, semua bahan bahan tu korang campur je semua. Gaul sekali dengan ayam. Perapkan. Kalau aku, aku perapkan semalaman. Esok nak berbuka tu keluarkan then bakor.
Dari segi bahan tu diguna banyak mana, tu terletak atas bahan mentah korang. Kalau ayam banyak, buh le banyak sikit. Kalau rasa tak cukup, tuang sos banyak banyak.

Buat ayam bakar black pepper ni aku tak bubuh garam sebab sos black pepper tu dah sebati dah dengan rasa garam.

Lepastu, bakarkan je. Nak bakar dalam oven pun boleh, guna dapo gas je pun boleh. Daun pisang tu pulekk, kalau ada, guna. Kalau takde, takpa. Letak tomato dalam pan tu terus ye.
Suka bakar dengan daun pisang ni sebab aroma dia tu perghhhh. Cenggini haa!

Sukacitanya aku ingatkan agar korang balik balikkan ayam tu ye. Jangan api besor sangat. Nanti hangus. Bukan takat blackpepper, jadi ayam bakar masak arang pulekk. Hehehe.

Bila dah siap, korang hias cecantik. Kalau nak makan ayam aje, nak makan ala ala western, korang rebus lah ubi kentang. Lenyek lenyek lepastu haa makan dengan ayam bakor blackpepper tu.
Nak menarik lagi, brokoli pun boleh haaa. Avocado ke. Sedap sampai jilat sudu!

Tapi aku buat kalini takdenya makan tang western, makan dengan nasi je. Posa posa ni tak makan nasik memang tak syok hahaha.


Dah siap perap.



Ha buh ja apa korg nak buh. Tomato ka.


Comel lah jugak ayams nih ^_^


Walla… itu je!

Selamat memasak! Yang mana tak suka masak or susah masak tu, try lah buat. Very easy. Kalau takda bahan bahan yg aku detailkan tu, korang guna apa ada je ye. Senang je!

Doakan aku huaaaa.


Final tak habis lagi weh. 

No comments: