Thursday, 24 January 2019

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

Assalamualaikum!

Malamni jugak aku nak share tempat-tempat menarik di Penang. Tapi, sejujurnya aku takdelah dah pegi semua tempat cumanya aku boleh suggest tempat-tempat yang aku and the gang pernah pegi dengan modal yang kecil tapi seronok! Aku akan bagitau tempat yang pernah aku pegi dulu kemudian baru aku bagitau yang selebihnya okay!

1. BAWAH JAMBATAN
Aku and the gang dah dua kali lepak and ber-BBQ bawah jambatan ni. Kami collect duit then beli seafood, ayam. Kali pertama lepak kat bawah jambatan ni, hujan lebat kemain, kami pegi petang, the girls yang boleh solat ambil wuduk siap-siap, masuk maghrib, solat je kat sana. Sebabtu kami bawak kain sembahyang and sejadah skali. Acap dengan Ronee, that two guy dalam gang of course lah depa akan jadi chef bbq kami. Hehehe. Sebenarnya dekat dengan bawah jambatan tu, ada kedai ikan bakar. Kalau berkemampuan, boleh lah makan sana. Banyak kedai sedap boleh pi makan. Cuma kami selesa untuk ber-bbq, ber-shell out and enjoy sesama kami. Kecoh riuh pastu kenyangkan peyutttt. Kali kedua lepak bawah jambatan pun, hujan lebat jugak haha dunno lah why tiap kali lepak bawah jambatan mesti hujan. Tapi kali kedua bukan tempat yang sama walaupun bawah jambatan.










2. SANY CHAR KUE TEOW
Ada satu malam masa kami lepak, Ronee invite pegi makan char kue teow. Kalau tak silap masa tu dah pukul 1 pagi camtulah. Tapi bila sampai kedai ni, masih ramai yang sedang makan. Aku order char kue teow yang biasa punya. Harga aku tak ingat, sebabnya Ronee belanja kami semua. Kalau aku bayar sendiri confirm aku ingat hahaha. Sany Char Kue Teow ni di Bayan Lepas. Sorry le gambar blur hmmm... Rasa? Sesedap rasa, cuma kalau aku, aku nak pedas kaw kaww giteww.



3. LAKSA TEMPURUNG
Laksa tempurung ni di Bayan Lepas jugak. Seronok weh lepak sini. Kami pegi petang skit. Segala benda ada kami beli, pakat beli pakat rasa. For me, laksa tempurung tu biasa-biasa saja, char kue teow dia sedap, pisang cheese, keropok lekor, sotong goreng celup tepung tu perghhh. Makan panas-panas dengan angin pantai Ya Rabbi, tenang, bahagia, seronok! Nak ke kedai ni, kena turun ke bawah skit. Kalau kat bawah parking full, kenalah parking kat atas (tepi jalan)



4. ROTI CANAI TRANSFER ROAD
Roti Canai Transfer Road ni dah dua kali pegi. Bagi aku, aku suka. Sedap untuk selera aku. Harga sepinggan roti canai ayam tu kalau tak silap RM7.90. Sampai ja roti canai tu, terus bayor okay hahaha. Sini memang ramai orang. Kalau kena tunggu tu, tunggu je kejap, jangan risau.



5. PAK MAT WESTERN
Pat Mat Western ni, before kami pegi, Ronee call dulu. Kot la kena book ke apa kan, sebab ramai. Tapi malam tu tak kena book pun, pegi je. Seperti di tempat lain, rasa yang sama, mengenyangkan.



6. PECAL IBU
Aku nak explain kedai ni pun aku tak berapa tahu, yang pastinya dekat Bayan Lepas, dekat dengan Bukit Jambul. Bella lerr yang kenalkan aku dengan pecal ibu ni. Begedil dia memang sedappp! I like. Begedil tu kena ambil di meja dekat dengan kaunter bayar tau.



TAPI.........Selain pecal ibu, pecal Restu, USM pun sedap weh! Sambal tu, pehh, padu!


7. UNCLE LANZ
Banyak kali juga pegi makan kat Uncle Lanz ni, nasi lemak dia sedap, sambal pedas. Kat sini pun ramai orang tau. Tempat: Bayan Baru. Tepi jalan je. Pss....ayam dia besor!




8. BUKIT JAMBUL MALL

Kat BJ ni, aku selalu pegi makan steambot. Sebab harga dia murah. RM12 sahaja untuk yang biasa. Nasi lemak pun dah dua kali makan. Sesedap rasa sis, sedap : ) Yang RM12 pun dah semput nak habiskan.


Yang tu dalam BJ, kat luar BJ, sebelum nak masuk parking dalam tu, ada warung tepi jalan. Aku pernah makan bihun sup dan cendol kat sini. Not bad, harga pun murah!




9. MINDEN

Dari pintu pagar Minden USM, keluar ke kiri dan straight je sampai jumpa traffic light, belok kanan. Tudiaaa. Situ lah ada laksa, ada kuih muih, cendol, ada keropok lekor. Keropok lekor panas-panas tu sedap gilssss! Lepak petang sini best. Murah!




10. THE KAPITS, USM

The Kapits, dalam USM tau! Aku dari first year lagi selalu order delivery burger TK ni. Selalu order burger dramaqueen. Sos dia sedap takkk tipu! Hehehe! Bila berduit skit, memang aku makan kat TK. Ada kek, brownies, burger, spagheti. Spaghetti tomyam dia sedap hehe!






11. KAPITAN 
Di Kapitan (aku pegi dekat dengan Queensbay Mall) ni aku pernah try Briyani Chicken Milani. Sedappppp weh. Ramai yang suka Briyani Chicken Milani ni. Ada je member update status pi makan benda ni haaa. Tapi gambar kat bawah ni aku ambil dari google. Masa pegi makan haritu dah delete gambar.




12. ARMENIAN STREET, GEORGETOWN
Yang ni baru je pegi 13 Januari lepas, lepas aku and Tinie dah habis paper, kami berempat plan pegi sini. Parking kereta dekat Padang Kota then berjalan ke sini. Kat sinilah ada ais kepal, fruitmade, street art semua tu. Penat berjalan tapi puas hati. Nak mai sini kena pakai kasut elok, nanti sakit kaki. Kalau penat berjalan, boleh naik basikal, im not sure harga berapa sebab tak pernah naik. Weols berjalan je. Kat sini banyak kedai-kedai cenderahati, ada kedai barangan kucing, ada gelang rantai, buku. Jangan rushing datang sini, sebab tempatnya luas, banyak tempat lawa boleh ambil gambar. Kat sini jugak kalau panas jangan risau, sebabnya ada banyak kedai jual spek dengan topi.

 Fruitmade, RM9.50. Ais krim ni mix strawberry dengan blueberry rasanya. Beli ais krim ni share duit dengan Tinie chuols. Nak merasa je. Bagi cukup syarat mai sini orang kata *emojigelak


 Ais krim durian. Dua kali mai sini, dua kali beli! Sedap! Madie yang kenalkan kedai ni. 
RM5.90 chuols!


Ni pun kat Fruitmade jugak. Mango ni Bella dengan Madie siap nak repeat beli 
sebab sedap katanyerrr. 


Padang Kota. 


 Masjid Kapitan. Alang Madie dengan Bella makan Nasi Kandar Beratur kat tepi masjid ni,
aku dengan Tinie masuk sat baiki tudung hehe. 


 Ni ya kedai ais kepal tu


Ais Kepal. Tinie beli dia cakap buat cukup syarat HAHA.


 Di Padang Kota. Kat depan tu padang lerr, kami pernah berbuka puasa kat sini. Best weh main belon pulak tu! Kat food court situ boleh try makan kerang and pasemboq. 


Lalu depan kedai ni, nampak macam lama tapi lawo weh. Apa lagi, kami berempat duk ambik gambar kat sini lama jugak :p

 Street Art

Street Art


13. CHEW JETTY
Chew Jetty ni kami pegi pada hari yang sama. Cuma im not sure jalan mana tapi berdekatan dengan Armenian Street. Aku follow je Madie bawak pegi sini selepas dah puas bergambar di Armenian Street. Weols pegi ambil kereta dekat Padang Kota then mai parking sini. Bayaran RM5 ya sis. Yuols kena berjalan masuk ke dalam sampailah jumpa tempat macam kami bergambar kat bawah ni. Sebelum sampai sini, laluan tu kiri kanan ada kedai. Selamat membeli!

 Be careful kalau duduk tepi macam kami tu, pakai kasut ketat helok kang terjatuh dalam laut. 
Sama jugak dengan henfon, pegang bebaik noh!







Okay, done sharing to you 13 interesting places in Penang. Ada banyak lagi tempat yang aku tak pegi, insyaAllah kalau berkesempatan nanti nak ke Escape, Pantai Batu Feringghi and many moreeeee. Nak jalan-jalan di Penang, jangan risau, harga untuk sewa kereta pun ada yang mur mur. Ada tempat yang bertiket di Georgetown tu, yang tu aku tak pegi lagi sebab yang aku pegi ni memang guna modal kecik jeee. Anything to ask, boleh tanya, DM kat ig pun boleh! : )

Byeeeeeeeeeeeeee!










No comments: