Thursday, 18 October 2018

HOW MUCH DO YOU VALUE YOURSELF??



Assalamualaikum wbt dan selamat petang! Yeh masa menaip ni, sudah petang dan baru je balik KOK. Yes, KOK. Know what, tak kesahlah dari sekolah rendah sampai universiti, memang aku tak suka KOK. Malasnya nak pergi tu Ya Rabbi. Tapi, bila dah masuk universiti ni, nak tak nak memang kau kena hadap lah, lagi lagi school education ni wajib ambik weh, wajib nau nau!

Baiklah, bertemankan lagu Bukan Ku Tak Sudi, aku teruskan menaip.

Aku sebelum ni dah lama gila berhenti menulis blog. Ambik masa berehat punya pasal, because of this blog, ada kaitan dengan dia hahaha so aku macam sendu gitu bila bukak blog ni, then no idea to write also.

But now, I feel better, aku get balik my confident tu and…. heyyy writing is my soul so I shouldn’t stop, kan? Too many things happen and i am mentally exhausted. Problems and financial are the reality that I have to face! Adulating is tooooo tiring. It changed my thinking, my attitude and I am more to ignore some people because of their attitude. No, I tak maksudkan they are bad. It’s a big no. But please realized that tak semua orang suka kita, serasi dengan kita and kita pun tak serasi dan tak suka semua orang. It’s a life.

People come and go, either in friendship or love.

I learned that, it is really important not to be too nice with the wrong people as in the end, you yang sakit, you yang seksa. Mental kita perlu sihat dan ceria. If not, it gonna ruin your routines, your mood. And please please please choose good people, yang you fikir and nilai, selama ini, jatuh bangun you, they were there to you. Say no to toxic people.

As I read on twitter, one of my favourite acc : @Lucaspeebo, he said that,

“In your 20’s, focus more on your self-growth. Spend more time to develop your skills, spend more time with the right people. Finding a right support system is vital.  One of the best moments to be discovered in your 20’s = finding the right people to grow old with”

So, apa lagi?

Matang dalam memilih with whom you nak rapat, nak create more memories. You, is everything you need. Kalau diri sendiri rebah, macam mana nak bangkit? Susah sebenarnya. Aku dah melalui. Fasa demi fasa yang perlu aku hadap. Like a baby tau. Step by step. Merangkak, bertatih, berjalan, berlari. Life, begitulah. When we are in difficulties, in hardship, nak bangkit balik tu susah. We need time, we need to change everything especially our thinking. Learn to trust yourself. It is really important. Build balik confident tu, peh, sumpah aku cakap, tak mudah. People may see you laughing and smiling or making jokes but inside, Allah saja tahu.

Sepanjang berada di universiti ni jugalah, I learn a lot to love myself more than I did before. Letak nilai pada diri sendiri, don’t allow others pijak-pijak kau sampai lumat. Wrong people gonna put you down and you gonna be weak. Aku sangat takut dengan keadaan sebegini. I tried my best to be nice, to do good but they are just making me out of control.

Actually, tidak rugi berbuat baik, tidak rugi balas dengan doa bila orang buat ‘tahik’ dekat kita, tidak rugi bersabar. But let me be honest, kadangkala, rasa muak dan meluat. Rasa penat teramat sangat and thinking for how long lagi aku nak hadap semua ni. Takkanlah nak biar orang senang senang je pijak kita, ‘makan’ kita dalam diam, kan?

I admit, doing good, be patient tu semua hebat. Tetapi, aku tidak akan membiarkan diri aku dipijak pijak dimakan makan oleh orang lain buat kali kedua. Kalau orang tu toxic, so janganlah terlalu ikut selera dia, lembik atau hanya dengar semata-mata. jauhkan diri. Yes, befriend tak salah, its okay. Berkawan macam biasa. Neutral. Tapi, berhati-hati. Macam aku, sekali kena, ia cukup untuk buat tali kepercayaan itu putus. I can befriend like nothing happen, tapi……. That trust, it’s totally hancur. Aku akan sentiasa berwaspada, not to hurt myself again.

Bagi aku, menangis atau sakit semahunya, tetapi, bukan untuk menangisinya buat kali kedua diatas sebab yang sama. Life aku, begitu berharga untuk aku bersedih atau sakit hati diatas sebab yang sama. Sebenarnya, people can do anything to you, tak kiralah perwatakan alim sekalipun, the point is, their heart. Kadang, perwatakan 360 sangat berbeza dengan attitude. Bila kita kena, take it as a lesson, so bila kita dah ada pengalaman, in future, kita insyaAllah tidak akan tempuhinya lagi.
Sebab apa?

Sebab kita dah rasa. So kita tahu macam mana nak elak.
Sebab tu aku cakap, its important to put high value to your life. Hidup kita ni bermakna. Priceless weh. Ya, tak apa, biar orang buat kita. kita, jangan usik orang. Bila orang buat kita, kita nilah yang kena berhati-hati.

Kita manusia, dan mereka manusia.
Bukan senang nak memahami manusia lain, kadangkala diri sendiripun kita tak faham. 
But those who stay with you, ada masa susah senang, please appreciate.

Jadi baik tapi jangan bodoh.
Jadi positif tapi jangan lembab.
Jadi berani tapi jangan angkuh.

Having a good heart, sebenarnya agak sukar. Sukar bila ada orang yang cuba buat kita hilang sabar. But it’s a goal for me, having a good heart, of course, its for a better future jugak kan. I believe that if we have a good heart, everything would be alright and Allah pun sayang.

Say no more.

Allah memang sayang orang yang hatinya baik.

Lagi-lagi kalau kita sentiasa husnudzhon with what Allah give or do to us. Sebabtu juga lah, if we’re having a bad day, please say alhamdulillah and istighfar banyak-banyak. We did a lot of mistakes. We did. Bad day is a reminder for us. Ingat yang kita ni, lemah. Bila something bad happen, aku akan take time, muhasabah diri. Aku kena fikir, apa kebendalah benda buruk dosa maksiat aku dah buat sebelum ni. Aku tahu, ada masalah hadir sebagai ujian, tapi tidak kurang juga sebagai peringatan atau hukuman diatas dosa-dosa kita sebelum ni. Dalam tengah sakit hati dekat orang, kena fikir jugak dekat diri sendiri. Apa kebendalah aku buat dekat orang lain sebelum ni. dosa dengan mak bapak ke, hubungan dengan adik beradik tak elok ke..macam-macam, kita je tahu apa dosa silap salah kita pernah buat. kan? Think.

So back to my topic,

Please, love yourself. You need to love yourself more than you did before. Kalau kita tahu that thing gonna hurt you, maka jauhkan diri (I mean, jangan hegeh please buat biasa biasa je). We need to control a lot of things lagi. Jangan lembik. Handle baik-baik. Bertegas itu perlu. Keep yourself in a positive circle. Eh betul ke tak ayat aku tu? HAHA.

Love yourself first because that’s who you’ll be spending the rest of your life with. Wujudkan nilai respect within yourself. Kenal, mana happiness yang kau nak, kenal, mana keperitan yang kau nak elak. As long as kau buat kerja kau, kau buat elok, so selesai. Kita memang tak boleh tutup mulut orang.

For now, abaikanlah drama murahan tu. Kalau ada yang buat drama murahan, kau layan je dari jauh.  
Jangan terlalu fokus untuk puaskan hati orang, penuhkan kehendak orang lain. Biarlah seimbang. Kalau sesuatu perkara tu memerlukan kau untuk mengalah, then just do it. Ada perkara kita kena beralah, ada perkara kita perlu bertegas. 

Know your worth.

Apapun, you need to live.


: )