Thursday, 30 June 2016

PERHAPS.

Agak memeningkan bila aku memikirkan title entry aku malam ni. As i keep saying 'perhaps', so perhaps thats my title. Lol. Macam tak ada tajuk lain.

But, 

PERHAPS ke MIRACLE?

Rabu last week aku dah janji dengan Sis Isma, nak tunjukkan rumah ibu tunggal kat sini. Aku sendiri pun taktahu macam mana dan dekat mana nak cari. Kalau masih sekolah, memang tahu lah yang mana dari keluarga asnaf. Tapi bila dah lama tinggal sekolah, kurang tahu haha. Jadi aku mintak tolong Bonda. Bonda yang aku kenal since aku form 1. Sampai laaa ni aku rapat dengan bonda. Dah macam ibu dan anak. Ehems, dia cikgu feveret aku. 

Alhamdulillah dapat 3 family tapi dua daripada family tu gagal dihubungi. Salah satunya ialah seorang isteri yang langsung tidak dihirau oleh suami. Entah taktau kat mana suaminya. Ada seorang anak lelaki. Anak lelaki dia ni pandai tapi dah berpindah sekolah dan duduk di asrama. Tinggallah maknya yang ambil upah jadi orang gaji kat rumah orang. Kira macam kemas kemas rumah so selalu tak ada di rumah. Anak dia pun aku tak dapat call. Tapi bila bonda ceritakan kat mana rumah dia, aku dah boleh bayang terus sebab dah biasa lalu kat jalan rumah dia tu. Memang rumahnya buruk, tampak usang.

Lastly sis pilih family ketiga. Ibu tunggal juga. Set time & date. 

Cun! Jalan. 
Jumpa di masjid TM. Sms awal awal dekat sis,

'Kereta saya dekat dengan kereta polis, plat 6121'

Senang sis dengan husbandnya nak cari kereta aku. 
Nampak kereta polis, situlah kereta aku. Pandai betol aku cari tempat hahaha. 

Tunggu sebentar. 
Tiba-tiba ada seorang orang tua yang kayuh basikal masuk ke dalam masjid.

Pakaiannya, basikal tua yang dikayuhnya, plastik yang tergantung pada basikal, beg yang dibawa bersama.. Allah.. Lusuh, nampak kotor, buruk. Rambutnya agak panjang. Agak tidak terurus. Tapi cara kayuhnya nampak bersahaja. Perlahan lahan ke tempat parking motor dan terus letak basikalnya kat situ. 

Menjadi amalan, bila jumpa sesiapa sahaja yang nampak susah, sedang penat buat kerja contohnya pak cik tukang sapu jalan raya, pengemis atau gelandangan, orang tua ke.. biasakan diri mendoakan yang baik baik buat mereka. Berdoa agar diampunkan dosa, husnul khatimah, rezeki yang cukup, keberkatan dan keredhaan Allah buat mereka. Sentiasalah berdoa. Tak kira lah jumpa sesiapa kat mana sekalipun. Kenal atau tidak. 

Aku hanya tengok pak cik tu je. Dari awal dia kayuh basikal masuk ke dalam pintu masjid sampailah dia letakkan basikal dia. Selepas tu berjalan masuk mungkin hendak berwuduk. Waktu itu pun sudah jam 6 petang. Mata aku tak berganjak walau sedikitpun sampailah jasadnya hilang dari pandangan aku. Kesian, sedih. Kalau boleh, nak borak dengan pak cik tu. Aku taktahu pak cik tu waras atau tidak tapi gayanya bersahaja. Tenang. 

Sejuk hati bila tengok dia. Susah nak cakap. Macam ada tarikan meskipun pak cik tu kalau dilihat sememangnya tidak terurus. Sebelum ni aku tak pernah berjumpa dengannya. Rezeki aku petang tu dapat jumpa dia. Yela, anak jati tm ahha. Jadi aku kenal wajah wajah gelandangan/pengemis disini. Ceh. Perasan pulaks iols. 

Tak lama kemudian sis dengan husbandnya sampai. Terus sedar dan betulkan diri. Jadi kami terus ke rumah keluarga ibu tunggal tu. Selesai urusan, terus balik rumah. Dah nak berbuka kang. 

Malam tu. Tidur. Bangun untuk sahur yada yada yada. 

Tetiba teringat. 

Apa yang berlaku petang tadi seolah olah bermain semula. Ibarat ditayangkan semula. Tak berubah walau sedikitpun cara, siapa, kereta, bangunan. SEMUA ADALAH SAMA seperti apa yang aku lihat petang tadi. 

Aku lihat pakcik tu kayuh basikal, masuk ke dalam masjid, letak basikal, dia berjalan masuk ke dalam ruang solat. Semua pergerakkannya sama. Tak ada yang berbeza. Tapi aneh. Kenapa pakaiannya, plastik, beg nya bersih? Cuci. Bersih. Tak kotor seperti apa yang aku lihat petang tadi?

Benar benar bersih. Pakaiannya pun putih. Tak ada kotoran pun pada baju dan barangannya. 
Sukar untuk aku gambarkan. Penampilan dan perwatakan pak cik tu 100% berbeza dengan apa yang aku lihat (realiti) tadi. 

Allahuakbar. Apa maksud mimpi ini Ya Allah?
Berulang kali aku fikir dan tertanya sendiri. 

Segala galanya yang aku lihat pada waktu petang itu adalah sama kecuali pak cik tu. 
Allah.. bersih! Tak nampak kotor langsung! Allah..apa sebenarnya Allah nak tunjuk dekat aku ni? 

Allah sedang tegur aku ke?
Allah nak tunjuk dekat aku yang pak cik tu sebenarnya hatinya suci?
Walaupun perwatakkannya seperti pengemis, tidak terurus namun dia tidak lupakan Penciptanya.

Rasa ditampar berulang kali. 

Banyak kemungkinannya. 
Banyak persoalan dan banyak jawapan yang aku sendiri berikan. 
Allah..lembutnya cara Engkau menegur aku. Beri aku pengajaran. 

Tapi, petang tu (realiti) dan juga dalam mimpi.. kedua-dua situasinya aku tak dapat lihat wajah pak cik tu. Tak nampak. Wajahnya tertutup dengan rambut. Allah.. benar-benar buat aku terkejut. 

Luaran dan dalaman tak sama. Iman tak dapat diukur dengan penampilan tetapi orang yang beriman, yang sentiasa rindukan Allah dan takutkan dosa serta berusaha menjauhi berbuat dosa ialah seorang yang tak putus asa nak dapat rahmat Allah. 

Mungkin dia nampak kotor, tak terurus tetapi tak siapa tahu bagaimana hubungannya dengan Allah SWT. Mungkin lebih hebat dari kita. Siapa pun dia, pastinya dia ialah insan yang Allah beri pada aku untuk dijadikan pengajaran. Alhamdulillah. 

Pengajaran itu rezeki.
Jangan sia-siakan. 

Setiap hari, apabila kita membuka mata, kita melakukan apa sahaja sehinggalah kita kembali menutup mata untuk tidur, ketahuilah, dalam sehari itu, begitu banyak pengajaran dan ilmu yang kita peroleh. Hanya kita sahaja yang perlu memilih untuk muhasabah atau sekadar menganggap hari tersebut tiada makna atau keistimewaan.

Kita, dia, mereka. Setiap apa yang ada disekeliling dan berlaku disekeliling kita
ialah pengajaran. Jangan sia-siakan.

Kisah yang biasa, tetapi amat bernilai buat diri ini.


KakGhose.
xoxo!