Monday, 14 August 2017

TIPS CARI PENYEWA RUMAH

Assalamualaikum wbt.

Aku dah habiskan setahun di desa dalam kampus. Desa Indah Kembara. Desa paling best bagi aku heee. Kafe IK jam 1 tu dah tinggal sikit je lauk lauk. Laku keras. Murah, sedap. Ibarat rasa air tangan mak kita. Perrfecttt. Belum lagi teh ais. Rasa dia macam teh ais. Bukan macam ayaq sejuk. Setengah orang buat teh ais tapi rasa cam air sejuk. Tu sebab sayang gila desa IK ni. Eventho duk lar pon memang aku akan visit everyday. Kafe IK dah macam dapo aku dah. Gitewww.

Tapi, memandangkan aku ni tergolong dalam PETAS, aku terus cari rumah sewa. Ramai kot tak dapat. Setahu aku beberapa blok desa ditutup untuk baikpulih. Yg dapat csd tinggi pun tak dapat. Lamak :3

Buat pengetahuan semua, cari rumah sewa bukan mudah. Banyak benda kena korban. Aku dgn kawan kawan mula cari rumah sewa selepas tahu tak dapat desa. Ada beberapa rumah aku pegi tengok, ambik kira keluasan, keselesaan, perabut, sewa bulanan dan jarak ke USM. Tak kisah gate sg dua atau gate bukit gambier sebab both ada semua kemudahan. Kedai alat tulis, kedai makan dll. Cari punya cari, dapatlah di bukit gambier. So lagi best sebab dekat dgn desa IK.



Nak cari rumah, kau jangan nampak taktau apa apa. Kalau tak tau pun buat tahu. Sebab ada agent yang makan duit banyak. Kita kena banyak bertanya, check rumah tu betul betul, car park, keselamatan dll. Bukan kata murah, so terus ambik. Ambil kira semua ciri. Biar kita cerewet janji kita tak da masalah untuk hari hari mendatang. Kita nak duk bukan 4 bulan. Nak duk lama. Jangka masa panjang.

Kalau boleh, listkan lebih kurang 5 buah rumah. Lepastu short list kan jadi 3. So, pegi survei tiga rumah tu. Hold confirmation dgn agent. Habis survei tiga rumah, barulah comfirm nak mana satu. Fikir dan bincang dengan kawan. Masa cari rumah ni, kami semua tengah final. Ada gap 4 hari. Dalam masa 3 hari tu jelah kami duk pi tengok rumah sini sana siang malam. Berkorban masa belajar. Duhh nasib result elok. Alhamdulillah. Rumah rumah ni, aku cari di beberapa website. Paling banyak dapat di mudah.com. Aku screenshot. Takpun tulis kat buku. Rumah mana, bilik berapa, fully furnished ke tak, jarak, sewa, kemudahan lain spt gym/kolam dll. Semua tu listkan. Baru tak silap buat pilihan. Benda camni kena teliti.

Arachi?


JAGA AGAMA 

Jaga solat. Solat paling mudah kita tinggal. Kadang tido jam 4 pagi, subuh kelaut la kalau takda orang kejutkan. Alarm pasang 3 4 kali pon tak sedar. Kalau sedar pun, mamai pastu terus matikan. Bila duduk serumah, perlunya setiap orang ada tanggungjawab, bukan ketua rumah sahaja. Solat ni kewajipan semua orang. Selain tu, buatlah seminggu skali, malam jumaat ke, bacaan yassin. Yang tak boleh solat, baca al mathurat. Cuba kalau 5 orang takleh solat, pastu yg boleh solat sorang je. Rasa rasa? Memang tak menjadilah. So, yg boleh solat baca quran, yg takboleh baca al mathurat. Ini rule yg perlu ketua rumah beritahu pada housemate yg lain terutamanya pada mula mula masuk rumah. Tampal jadual. Kalau kira letih, aku pun letih kalau full kelas waktu siang. Tambahan lagi aku jenis tak tido malam. Tido siang. Laa ni pun aku tengah taip masa subuh ni.

Kalau ada yang tinggal solat, or tertidur, kejutkan. Kalau tak berani, mintak yang berani kejutkan.

Ada seorang kawan pernah luah kat aku. Housemate dia jenis tak jaga solat. Yg pakai tudung tak jaga solat. Yg free hair solat. Haa tu kata jangan judge book by its cover. Apapun tudung tetap wajib nahhh. Lagi satu, bila ditegur, sentap. Kata bajet alim, lagak baik. Amboi engko. Dahtu, solat, berdoa bila nak final je. Kalau tak, takde pulak solat.

Benda ni akan jadi masalah pada housemate kau. Bila dia tak tegur, dia dapat dosa. Bila tegur, kauorang pulaukan dia. Konon dia ustazah jadian. Apa nak jadi la eh? Bercinta pandai. Solat tak reti nak jaga.

Ada jugak yg jenis perli perli bila housemate baca quran. Ada yg jenis tak respect orang tengah solat. Pasang lagu kuat. Karaoke skali. Haa baguslah ko. Nanti laki kau nak salam tok kadi, aku pulak pi bisik yusoff taiyob kat telinga tok kadi. Ganggu laki kau nak akad nikah. Hahahaha. Okay abaikan. Aku dah merepek pulak.

Conclusionnya, kalau sebelum ni tak jaga solat, cuba belajar jaga. Anggap housemate tu alarm solat. Kalau dengan cara terpaksa sekalipun, terpaksalah. Lama lama hati kita terdidik untuk respect solat. InsyaAllah. Jangan duk kata buruk bila housemate suh solat walaupun dia takla baik sangat.

Nak cari housemate, pastikan jenis jaga solat. Yes, biasalah kita manusia kadang terabur. Yaaa. Biar terabur daripada tak buat. Pesan dan tegaskan dari awal hal solat ni. Lantik seorang pemantau bahagian agama. Everyone kena respect. Sebabtu jugak aku dari awal lagi dah maklumkan, sesi taaruf bukan sekadar kenal kenal tapi bincang skali hal hal bab agama ni. Biar semua takda lepas tangan buat kepala sendiri. Memang la kita cari housemate ni kadang tak kenal pun dia camna even nampak baik, takpa, masa mula masuk rumahtu kita tegaskan hal ni. Pesan awal awal jangan duk mudah sentap kalau kena tegur.


KEBERSIHAN

Benda paling aku utamakan bila cari penyewa ni ialah kebersihan. Benda simple je tapi kalau tak jaga, seisi rumah jadi problem. Kalau lepas makan pon tak reti nak lap, sila ambik orang gaji. Sebab housemate kau tu bukan kuli. Jangan jadi tahu makan saja tapi nak kemas pun takreti. Dahtu dalam sink penuh sisa alahai baik ko duduk dlm hutan. Basuh pinggan mangkuk, kalau ada sisa, buangkan dalam tong sampah. Bukan sink. Nanti sink tersumbat, problem lagi. Duhh. Harimau kalau dia makan rusa, dia tinggalkan je sisa sisa kat tempat dia makan. Habis berulat, lepastu tinggal tulang. Lama lama reput tulang tu. Jadi, kita jangan duk tiru gaya binatang. Sebab kita manusia. Ada akal. Kalau kita tau lepas makan kena basuh tangan, so lepas makan kena buang sisa makanan tu. Lap elok elok. Nanti belengas, tak cuci, berderet semut datang bawak rombongan meminang. Kalau jenis harapkan yang bertugas je jaga kebersihan dapur, ruang tamu... matilanak. Housemate kau yang lain pon ada kelas, ada night meeting dgn persatuan. Sebabtu aku buat iklan, aku mention yang jaga kebersihan. Benda ni kena jadi rule dalam rumah kau nanti. Tampal kat dinding dapo, 'sila buang sisa dalam tong sampah' dan lain lain nota. Masa ada orang tanya rumah kau kosong ke tak, kau kena terus tegaskan tentang kebersihan lepas kau beri detail lain.


TIADA MASALAH 'MENTAL'

Kedua, aku pentingkan 'takda masalah jiwa'. Yakni bukan spesis melenting membabi buta, spesis masam muka dan ikut kepala sendiri. Tak kena sikit, ko terus kibar sayap. Konon nak tunjuk dia permaisuri. Jenis tak da ribut takda petir pon tetiba moody, ajak makan pun kata serabut. Kejut bangun solat pon ko kata housemate bajet alim. haa kalo camtu ko pi cari rumah yang ada geng tak jaga agama. Tak semestinya ada title ustazah baru boleh ajak solat. And, orang len pon ada masalah tapi orang boleh cool, kenapa kau takleh? Kita ni memang tak lari drpd masalah. Ada housemate kita ni ada masalah keluarga di kampung, ada masalah kewangan, studies dan lain lain. Tapi kita dah besar kan, cuba jadi matang. Cool. Relaks. Jangan jadi panas baran serba serbi tak kena dengan housemate. Kawan tanya pun kau emm emm aja. Memang, kita ada masalah tapi kita jangan burukkan keadaan. Cari penyelesaian terbaik. Kita ada Tuhan :)
Ni tidak. Baru bangun tido pun acah acah badmood. Sila berambus :P

Ada masa pulak period pain. Tapi kawal emosi tu. Kita duduk bukan seorang. Ramai. Bukan sorang popuan je rasa period pain tu. Semua rasa. Ada yang jenis lenguh lenguh badan, sengal sengal macam terseliuh. Ada yang pening kepala, rasa nak muntah dll. Kena saling faham keadaan housemate. Sebabtu pentingnya taaruf masa mula mula masuk rumah. Jalankan satu aktiviti.. taaruf lepastu buat macam game like and dislike. So nanti korang boleh tau like and dislike masing masing. So korang akan alert dengan attitude masing masing. Faham?

Kalau korang ada tengok iklan aku buat pon, memang aku mention 'tak berperangai macam budak'. Yes, kita bukan nak cari yang perfect at least biarlah berkualiti dan elok. Aku pon ada kelemahan jugak. Aku dah selalu sangat berkawan dengan jenis manusia camni. Asyik dia duk marah kita, komen itu ini. Skali kita sembur tah pulak sakit hati lol :3 Jenis ada perangai kepala angin ni memang aku alergik. Ingatlah, dunia ni bukan milik kau sorang.


TOLAK ANSUR
Jenis tolak ansur ni penting jugak tauuu. Kita hidup sebumbung ni untuk jangka masa panjang. Bukan sekejap. Sebabtu pentingnya kita cari yang elok, bukan kata nak perfect tapi yang ada nilai 'cakna' dalam diri. Kalau tengok housemate tak sempat angkat kain, tolong angkatkan bila hujan kalau dia takda kat rumah. Jangan la biarkan. Tengok je.

'Alah bukan kain aku. Dah tau petang hujan, angkatlah awal awal'

Spesis camni sila berambus :3 Kalau kat rumah kau buat cemni dekat mak kau, takpa sebab mak kau baik. Tapi aku tidak.

Sama juga macam buat jadual bertugas/masak. Kadang kita di uni ni lect buat kelas ganti or ada meeting. So yang bertugas ni kadang tak sempat. Yang ada tu tolong gantikan. Pandai pandaila deal nanti. Ganti tugas housemate tu nanti. Bila kita saling tolak ansur, baru timbul keharmonian. Gitewww. Bab tolak ansur ni la penting. Bukan lepas tangan. Kau hidup kau jee. Takleh cemtu. Kita hidup macam satu keluarga.

And, normal la ada pasang surut. Adik berani pun ada tergigil hati hahaha. Duhh bahasa aku :3 Belajar saling hormat perkara yang housemate tak suka.

Hakikatnya memang tak mudah cari yang betul betul elok, kadang ada tak pandai masak. Tapi takpala, bila buat jadual nanti gandingkan dengan yg pandai masak. Belajar slow slow. Bukan tak buat langsung.

Duk rumah sewa ni ada pahit manis. Kalau setiap orang bertanggungjawab, cuba ubah perangai tak elok, saling tolong menolong.. kan bagus. Maybe kita akan dapat housemate yang ada perangai skit tapi kita sama sama tegur and cuba ubah.

Cuma satu jela aku nak cakap,
Jenis duk buat kepala sendiri, keras kepala ni memang menggugat kesabaran. Dia punya level tu macam dia tuhan. Benda salah dia pun kita disalahkan.

Moga moga jauh daripada housemate macam ni.
Boleh jadi stress duk hadap muka dengan perangai hari hari.

Akhir kata, biar rumah tu ada sistem yang teratur. Buat jadual. Bahagi tugas masing masing. Macam kami, kami dah pilih tugasa masing masing. Ada pegang sewa rumah, wifi, belanja dapur, bab agama dan lain lain. Respect each other and enjoy!

Assalamualaikum.
Byeeeeeee bunga bungaku!

Friday, 11 August 2017

WE ALL GO A LITTLE MAD SOMETIME

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wbt.


Aku anak perempuan tunggal, tapi anak sulung. Dari kecil lagi aku memang dapat apa yang aku nak. Tapi, syarat untuk dapat apa yang aku nak ialah mesti cemerlang dlm pelajaran. Masa sekolah rendah dulu, aku ni bukanlah bijak pun. Tapi taklah bo***. Aku pernah la minta henfon dekat abah aku sebab masa tu kawan kawan aku duk guna henfon. Duk dengar lagu. Masa tu duk famous lagu sayang sayang. Boleh kata classmate aku duk Bluetooth sana sini lagu tu. Sebagai seorang budak, aku pon tak terkecuali la nak henfon boleh Bluetooth mp3. Alhamdulillah abah aku belikan. Walaupun tak canggih mcm classmate aku, aku tetap bersyukur. Bukan mudah nak dapat beb.

Mak aku pulak garang. Tapi dia penyayang. Dia bukan ringan tangan maknanya tak kena sikit terus pukul. Tak. Dia lebih banyak bersuara. Dari kecik lagi aku diajar duduk dapur, belajar kenal sayur, halia lengkuas semua tu. Tengok cara goreng telur, tanak nasi (tak guna rice cooker) dan macam macam lagi. And mak aku sangat menjaga bab bab maruah ni. Dari kecik lagi aku tak boleh berseluar pendek atas dari lutut depan abah and adik beradik aku. Tak boleh berkembang.

Abah aku beri apa aku nak, makan pakai tiptop (tapi tak bermakna semua benda aku nak aku dapat cuma dari segi makan minum, pakaian penting abah aku akan utamakan). Cakap nak makan ais krim, abah aku keluar beli. Nak basikal, pun dia belikan. Dulu, aku tengok ada kawan yang mak pak dia buat birthday surprise.. ada kawan yang selalu holiday dlm dan luar Negara. Ada yang sangat aktif dengan politik, ngo semua tu. Rasa macam best sangat life diorang. Aku ada jugak bayangkan kalaula family aku pun camtu. Biasala berangan. Tapi, dalam aku duk mengelamun tu, aku sedar yang keluarga aku pun dah bahagia. Dah cukup serba serbi. Bila aku tengok kawan aku yg keluarga dia lagi susah, aku rasa aku bersyukur sgt dgn life aku. Biarpun takda sambut birthday tiap tiap tahun asalkan mak abah aku berdoa yang baik baik untuk aku, takda hadiah mahal, takda holiday every year, takda barang branded tapi hakikatnya keluarga aku dah cukup serba serbi. Itu yg aku pegang dari aku sekolah rendah lagi. Sebab abah dgn mak aku dah didik, pesan sejak kecik lagi jangan bandingkan kita dengan keluarga orang. Rezeki kita berbeza.

Bila aku dah semakin dewasa, aku tengok macam macam kat laman social ni. Lebih lebih lagi keluhan anak kepada mak ayah. Tak dapat henfon la, mak ayah tak bagi keluar la.. aku dulu buat perjanjian dengan abah aku. Dapat nombor 1-10 dalam kelas baru abah aku beli henfon. Kalau tak, jangan mimpilah. So aku usaha nak jadi pelajar top ten tu. Bukan senang senang dapat. Bab bab keluar rumah tak kira dgn kawan perempuan pun, pergaulan aku sangat dijaga dan aku sendiripun letakkan syarat agar tiada pergaulan bebas berlaku eventho dulu aku ada jugak duk gatal miang mesej mesej dgn kawan laki tp tu dulu hokay haha. Aku tahu ada ahli keluarga aku nampak aku mewah, tapi dorang hakikatnya tak tahu macam mana didikan sebenar mak abah aku. Macam mana aku dah cari duit sendiri sejak darjah 3 lagi. Semuanya usaha sendiri. Aku plan sendiri hal kewangan aku dan lain lain. Rasanya tak perlulah kata aku pemboros atau suka bazirkan duit mak abah aku. You don’t know what I did. Tak duduk serumah, boleh ah sembang kencang. HAHAHAH. Dekat uni ni macam macam bisnes aku buat. Jam 12 malam pun duk layan wasap cust lagi. Duit pt dapat tu pun berapa je boleh guna utk belanja makan. Selebihnya yuran.

Aku ada baca kat wechat, dia menyumpah bapak dia sebab bapak dia tak bagi dia keluar. Ada yang mengeluh macam macam lagi. Dengan kata lain, tak syukur. Kes guna duit ptptn nak beli iphone dan macam macam lagi. The point is, ramai gila komplen mak bapak tak kasi apa dorang nak. What the hell anak camni. Kau nak, usaha sendiri la. Duhh dah start nak emo dah ni.

Seriously, cuba kau duk muhasabah dulu wahai anak anak yang melenting bila mak bapak tak bagi apa korang nak..cuba korang bersyukur.

Kasih sayang mak bapak bukan berdasarkan beri apa yang kau nak, bukan atas sebab dia belikan kau iphone, bukan berdasarkan dia izinkan kau menggatal dengan jantan.

Tapi cuba kau teliti bila kau belajar, apa mak bapak kau buat? Kau nak buku, dorang belikan, kau susah nak ulang alik ke sekolah, mak bapak kau bergadai barang kemas semata nak belikan kau motor, kau takda duit kat asrama, mak bapak kau sanggup meminjam dari orang lain untuk beri dekat kau..tapi kau? Menggedik menggatal dengan jantan .. date sini date sana, kaki pukul, yang perempuan bertumbuk berebut jantan. Kau ingat jantan tu mampu sara kau? Manage diri sendiri pun fail, pelajaran level apa? Level sekolah menengah je baru. Kalau berebutkan jantan ada degree, diploma ke takpa la pulak ni dua dua duk sekolah lagi. I cant brain this.

Ni aku ceritakan apa yang aku dapat…macam mana sebenarnya kasih sayang mak bapak… bila aku takda duit masa kat sekolah dulu, bila call, terus abah aku masukkan duit. Dia baru je dapat bayaran, tapi duit tu terus beri aku. Adik aku takda duit, pukul 12 malam pun keluar lagi. Aku nak guna laptop buat kerja masa stpm dulu, abah aku terus pi beli. Aku ada interview masuk uni, mak aku masak sedap sedap (shes really happy then dia luahkan melalui masakan), berdoa agar takda pun rasa gementar..aku nak exam, sikit pun kerja rumah mak aku tak beri buat. Paling simple, wifi yang tak hidup ni pun abah aku pegi bayarkan bila aku dah balik cuti kat rumah. sebab dia tau aku guna. 

Cinta, kasih sayang, pengorbanan, bukanlah berdasarkan apa kau nak, kau dapat. Kau buat salah dekat kawan kau, kau terus kena pulau, kawan kau benci kau, aib kau kawan kawan kau goreng sampai hangit… kau hitam, kau gemuk, kau jerawat penuh muka, kau pemalas, kau pengotor…
Yang terima kau seadanya, seikhlasnya and tak pernah hilang kasih sayangnya ialah mak bapak kau. Bukan bf or gf kau ya. Bukan. Sahabat yang kau sayang kau puja tu pun, kau buat silap mesti dia dah was was dengan kau. Tapi mak bapak kau takkan buang kau. Kau buta ke nak menilai? Sejauhmana kasih sayang, perhatian, pengorbanan mak bapak buat dekat kau??? Kau bodoh atau kau jahil atau kau pura pura tak tahu atau tak nak ambik tahu selagi kau tak dapat apa yang kau nak???

I am sick with those people yang bodoh sangat nak menilai cinta dan kasih sayang mak ayah yang sebenar. Kalau kau pandang apa yang kau nak tu mak ayah kau beri tu ialah kasih sayang, kau silap. Hakikatnya, kasih sayang mereka ialah pengorbanan, keikhlasan, perhatian 24/7 sampai akhir nafas mereka.

Aku tak boleh hadam macam mana sikap remaja yang menilai mak bapak berdasarkan permintaan. Tak beri, menyumpah, maki mak bapak di laman sosial. Yes, mak bapak tak dapat baca tapi Allah boleh baca. Orang boleh tengok, boleh baca. Eh ko dik tak malu ke? Kalau adik aku ada gf macam ni, confirm aku suruh tinggalkan. Insaf dulu baru get back. Kalau aku ada bf macam ni, dia maki mak bapak dia sebab mak bapak dia tak belikan apa dia nak, confirm aku putus. Block sampai kiamat. Mak bapak dia pun dia buat macam alas kaki, ada hati nak respect mak abah aku. Haihhhh la.

Bila aku di uni ni, banyak benda yang aku sedar.
Kasih sayang mak abah ialah tersirat.
Kerisauan mereka ialah bukti cinta mereka.
Doa mereka ialah bukti kasih sayang mereka.
Kesedihan mereka ialah bukti perhatian mereka.
Ikat perut mereka ialah bukti pengorbanan mereka.
Kepenatan mereka ialah bukti kita ialah keutamaan mereka.

I can see how abah trying his utmost best to give me everything that I need, not what I want. I need money for studies, for food, for books, for house etc. I promise myself to do my best. I need to help my parents, my siblings. In my du’a, I would ask Allah to forgive my parents first, to save them, make them happy and more. They are my 1st list. I know am not a good daughter, sometimes I go a little mad, I do what I want…. I think they’re not understand me…
Actually im wrong. Im wrong.

Please my adik adik, whoever you are. Tolong nilai kasih sayang mak ayah dengan cara yang betul. Bukan based on keinginan semata mata.


Bye,
Layan weightlifting fairy kim bok joo jap.

Lots of love,
Cikgu Nadia.

CUTI BERBAKI TAK SAMPAI SEBULAN OMAIGOD!

Thursday, 3 August 2017

WELCOME TO UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KAMPUS INDUK.

Assalamualaikum.
Hola!

Ramai yang dah berjaya mendapat tempat di universiti da nada jugak yang masih tak dapat. Jangan risau dear. Boleh buat rayuan dan usaha sehabis baik. ikhtiar selagi ada cara dan jangan give up hokay? 

WELCOME TO USM!
Tahniah bagi yang dapat USM, lagi lagi Kampus Induk. Jangan risau noh, kat sini semua ada. Kedai makan kat gate sg dua, gate bukit gambir tu penuh haa. Tesco pun dekat. Semua ada. Tak payah risau. Lengkap. So malam ni nak share pasal USM. Bagi yang excited nak datang tu, haa moh baca! Sebelum tu maaf ya sebab gunakan 'aku'. Tak bermaksud nak kasar. Cuma lebih selesa. 

DESA.
Di kampus induk, ada banyak desa. Desa luar kampus ialah desasiswa Saujana, desasiswa Tekun dan desasiswa Restu. Bila orientasi hangpa la duk kuat sorak sebab hangpa ramai noh. Kalau desa dalam kampus, desasiswa INDAH KEMBARA (my desa okay I love my desa so much lagi lagi selesa gila macam hotel hahaha), desasiswa Aman Damai, desasiswa Bakti Permai dan desasiswa Fajar Harapan. So semua ada 7 desasiswa. Berkampunglah di desa masing masing. Ada yang wassap aku tadi, pasal bilik dan kemudahan. Soal kemudahan, tip top. Bilik pulak best. Sebilik dua orang. Kerrrlass gitewww. For more, korang boleh usha kat youtube. Boleh tengok sendiri macam mana.


 KEMUDAHAN

Macam macam ada. Open gym, swimming pool, segala jenis gelanggang pun ada. Tempat paling aku suka gi ialah Tasik Biawak haha. Kat sini la aku jogging, bergossip dan selfie. Suka dengan persekitaran di sini. Kalau malas sangat jogging, ambik basikal. Kayuh la 7 8 round. Malas jugak? Haa duk la tepi tasik, bawak roti pastu bagi kura kura makan. Relaks beb. Tenang je. Ada jugak Bukit Cinta. kat sini kami ada shoot untuk projek kami. Ala ala kundasang pun ada. Lawa. Photoshoot memang best.

Kalau soal makanan, memang tak yah risau. Ramai student yang buat servis delivery makanan, aku pun ada haa. Boleh follow aku di instagram @dapurmekkelate hehe. Di USM jugak ada The Kapits. Korang boleh order apa korang nak and aku adalah customer setia The Kapits. Selalu beli burger drama quuen. Sedap bakhang.

Nak makan nasi kerabu? Ada. Boleh datang di Uptown Mall. Singgah kat Riri’s Kitchen. Wuhuu ore kelate jugok ter. Ada macam macam menu. Aku selalu bila habis kelas bi, gi makan kat kafe bakti takpun gi dekat Uptown Mall. Ala western ada, nasi kakwok ada, nasi lemak.. haa pokoknya gi je tengok.

Di Uptown Mall jugak ada kedai lain. Nak baiki laptop ke, nak pos ambik barang ke. dan paling best ada SPA! Wuhuuuuuuu! Aku dah dua kali try. Korang duk serabut stress boleh la datang. Alhamdulillah puas hati. Haaaa ko, spa pun hado. Yang resdung, blackhead semua boleh try buat rawatan.  Selain tu, ada kedai pakaian. Stongan stoking, barang make up, tudung baju, nak order business card pun ada. Tu dekat Uptown Mall.

Eh taknak makan western? Takmau nasi lemak nasi kerabu? Haa korang gi Subaidah. Menu kat sana sedap sedap. Aku sebelum ni tak suka makan kedai mamak tapi menu dekat Subaidah ni sangat melemahkan aku hahaha. Nasi putih, ayam merah dengan sosej cheese dia yang besar tu. Kenyang sampai petang ko! Lagi lagio roti 1 Malaysia. Dengan telur separuh masak perghhh! Desasiswa luar kampus pun ada macam macam kedai makan. Ada yang jual pulut manga, kerabu maggie. Pokoknya korang takyah risau bab bab makanan. Tapi aku jarang masuk desa luar kampus. Taktahu sangat. Bila masuk memang tercari cari jugak emm.

Rasa takmau makan makanan dalam kampus, korang keluar makan kat sg dua takpun kat ivory. Macam macam makanan masakan thai, western dan arab ada. Singgah kat khaleel pun ok gak haha.

Aku rasa macam aku terlalu cakap pasal makanan je hahah. Ok ok kita beralih ke bahagian lain.

Bagi yang berniaga online macam aku, memang muka kita ni hadap poslaju hari hari lah gamaknya. So jangan risau. Boleh pos barang di poslaju takpun kat cawangan dia dekat bangunan berdekatan dengan cimb bank. Adoi lupa apa nama dia. So korang bolehlah berbisnes dengan aman damai. Bank? Don’t worry. Ada CIMB bank…dan BSN. Maybank takda dalam USM.. Bank Muamalat dulu ada tapi dah takda. Ada pun kat masjid bayan baru kalau tak silap dekat dengan pasar.


PANTANG LARANG

Emm bab ni aku nak cakap sikit je. Tak boleh bawak barangan letrik macam iron, periuk nasik, water heater sebabnya tak boleh gosok baju dalam bilik, kena gosok kat bilik gosok. Masak pun takleh. Pandai pandailah korang hahahahaha. Sekali lagi, HAHAHAHAHAHAH.


BULAN PUASA

Bila tibanya bulan puasa, jangan risau, ada bazar kat gate bukit gambir. Kat tempat lain pun hado. Macam macam korang boleh beli. Setel.


MINGGU SISWA LESTARI

Minggu orientasi yang sangatlah best. Takdalah penat sangat pun. Happy and enjoy je. Tahun lepas sambut merdeka haa pastu menari la dalam DTSP sambil nyanyi lagu lagu patriotik. Sorak menyorak dan macam macam lagi. korang akan dijaga oleh PPSL desasiswa masing masing. Dorang jaga korang baikk punya. Takyah risau.


    VARIASISWA

Paling best sebab korang akan bertanding antara semua desa dari tiga kampus. Cuba teka desa mana yang menang tahun lepas? Haaa bab variasiswa ni korang akan buat persembahan di DTSP. Ambiklah peluang untuk berjasa pada desa. CSD tinggi tau tau.


SOALAN LAZIM BAKAL MAHASISWA/WI USM


1.      Sebilik berapa orang?
-          Dua orang sebilik dan roommate telah ditetapkan. DITETAPKAN. Biasanya ramai je dapat roommate sama course. Giteww.

2.      Pakaian?
-          Pakaian tu janganla seksi kemain. Kalau korang edu, buat cara bakal guru. Pakaian kena jaga tak kira laki popuan. Bagi course edu, tak perlu pakai kemeja setiap hari. Pakaian bebas asal sopan santai dan sedap mata memandang. Jangan la pulak pakai selipar gi kelas. Biar nampak kita ni ada identiti dan adab sebagai pelajar yang elok dan kemas. Waktu presentation seharusnya pakaila formal. Baju kurung dan kemeja bagi lelaki.

3.      Boleh bawak motor ke?
-          Bawak je. Mesti ada sticker. Kereta pun sama. Nanti kena saman dengan Jk baru tahu. Haha.

4.      KOK yang ada?
-          Ada banyak. Sispa, palapes, suksis, st john, pbsm, kelana. Nanti boleh pilih ya. Bagi edu, korang wajib ada kok. Tak boleh tak ambik. Kena ambik. So pilihlah sebaiknya. Bagi sispa, palapes dan suksis, korang dijamin desa. Tak perlu pening fikir nak kumpul mycsd. Tapi kalau korang kaki bisnes macam aku, aku tak ambik sispa, palapes or suksis. Sebab siang malam aku layan wassap customer sebab aku niaga online dan offline.

5.      Boleh ke tukar course?
-          Setahu aku boleh je tapi bukan mudah. Keje dia susahskit dan makan masa jugak. Tak boleh jawab detail. Apapun ada batch kami yang dah berjaya tukar course hehe.

6.      Kes buli ada tak?
-          So far tak pernah dengar. Tapi keselamatan perlu dijaga. Kena kuat tapi tak bermakna sesuka hati ketuk pukul orang. InsyaALLAH USM bebas gejala buli. Haa barang barang berharga kena jaga okay.

7.      Macam mana nak masuk apa apa persatuan?
-          Biasanya banyak booth dibuka selepas orientasi. Nanti korang boleh cuci mata dan join mana korang nak. Sediakan duit ya sebab nak join kena bayar la yuran ahli.

8.      Mana satu kena utamakan kalau tak cukup duit? Yuran berulang atau yuran tidak berulang?
-          Kalau tahun lepas, kami utamakan yuran tidak berulang dulu. Kemudian baru bayar yuran berulang. Asalkan bayar ya.

9.      Wifi okay ke?
-          Wifi okay je. Tapi ada sesetengah tempat yg tak dapat guna. Tapi biasanya tempat kita jarang duduk la. Kat desa okay je. Aku slalu haa layan movie sampai 3 4 pagi. Elok je. Pastu kan takyah la beli internet lain. Takut takdan nak bayar. Guna usmsecure jek.

10.  Makanan kat kafe murah ke mahal?
-          Murah murah je. Makanan pun sedap sedap. Datanglah kafe Indah Kembara ye hahah. Macam macam menu ada dan sedap (promo kafe desa iols hehe)

11.  Keperluan yang perlu dibawa?
-          Secara ringkasnya, bawaklah keperluan yang diguna tiap hari. Bajet terus pakaian nakgi kelas, pakaian tidur, sukan, kasut sukan, ubat ubatan, peralatan mandi, basuh baju dan QURAN. Laptop tu penting. Bawak lah.

12.  Macam mana kalau nak keluar pergi mana mana? Naik apa biasanya?
-          Jawapan dia, student cab ada. Ramai student yang buat khidmat cab ni. taknak guna student cab, guna grab car atau uber. Banyak grab car kat usm. Install la apps dia ya. Naik bas pon boleh.

Kat USM panggil school ya!



Jujurnya aku taktau sangat school lain. Kalau edu, aku boleh lah explain. Kalau ada apa apa nak tanya pasal pendidikan, terutamanya Sastera dengan pendidikan, boleh direct pm kat facebook Iklil Huriya. Ada link kat fb. Boleh klik link untuk masuk group wassap. 

Kat bawah ni aku belanja gambar. google. 












Bawah ni gambar yang aku punya, bukan google punya haha.


Ni masa koir sempena sambutan hari guru. Nanti student school ppip boleh datang tengok tau!



Sukan!




Itu sahaja! Bye!

See uols di USM!

Friday, 9 June 2017

JUDGING & ATTENTION

Assalamualaikum wbt.
Hello everyone. Acano?



Lately, banyak benda terjadi, dari sekecik kecik hal sampai sebesar besar hal. Simple things pun dibesar-besarkan. Jadi halilintar, guruh sambar menyambar.

Aku tak salahkan atau pukul rata semua.
Kadang nak berkebun tapi hujan.
Maka takkanlah mahu salahkan hujan.
Or lebih tepat salahkan PENCIPTA?

I see many stupid things in facebook, instagram. I have twitter but I don’t active. 
Aku lihat manusia memang mudah melenting, tak kira laki popuan.

Male;
Kalau boleh semua benda nak carut.
Female;
Semua benda nak mengata.

Rasanya tiada larangan pun nak buat baik. you don’t need to wear niqab, pakai tudung labuh hingga ke lutut baru boleh buat benda baik, beri nasihat, beri pesanan, sampaikan sepotong ayat al quran tentang kiamat dan sebagainya.

“Lelaki tu smoking. Rokok yang bahayakan diri sendiripun ada hati nak suruh orang makan sayur dan buah buahan”

“That girl doesn’t wear tudung tapi pot pet pot pet talking about some surah from  al quran”

“Eh perempuan tu gelak kuat tapi boleh pulak buat video ajak orang agar tak tinggal solat”

Seriously,
Hati kita tengah sakit.
Parah, nanah keluar tak henti henti.

To do good, do you really need to wear like ustazah?
Cedok pemikiran kat mana ni?

Mudah, aku beri contoh paaaaling dekat, which is solat.

Kau buat maksiat, solatlah.
Kau couple, solatlah.
Kau hisap dadah, solatlah.
Kau pegang tangan makwe masa tengok wayang tadi, solatlah.
Kau ngumpat dekat makcik senah, solatlah.
Tadi kau layan porn, solatlah.

Tak kan nak tunggu 100% baik baru nak solat?
Tak kan betul betul tinggalkan kejahilan baru  nak solat?

Hatta,
Tinggal solatlah dosa paling hebat.
Dengan solat tu lah Allah nak jentik hati kau makin kenal agama, setiap bait ayat yang kau ucap, kau baca tu, kalau dibaca tafsirnya, sangat tinggil kualiti ayat-ayat Allah ni.

Same goes to nak beri nasihat, nak buat baik, nak nasihat pasal agama, pasal solat pasal islam pasal tudung pasal hubungan yang terlarang pasal rasuah.




Dia tak pakai tudung so dia tak layak cakap pasal hikmah bersedekah?
Tak, kan?

She deserves.

Dia couple, tapi asyik pesan pasal jangan tinggalkan solat dan pesan selalu baca quran. Tak layak ke dia beri nasihat?
Tak, kan?

She deserves.

Pakcik tu solat tak tinggal tapi mengaji tak reti. Dalam masa yang sama selalu suruh ahli keluarga dia untuk selalu baca quran. Salah ke pakcik tu berpesan?
Tak, kan?

He deserves.

Yang tak layaknya ialah mulut kita yang selalu buat perhatian bodoh dan mulut puaka. Judge sana sini. Perempuan tak pakai tudung or pakai tudung tak tutup dada pun kau hentam dia bila dia taddabur quran.

Masyaallah sister.
Apa ni?

“Sebab adannya spesis manusia macam awak lah ramai orang buat maksiat dalam masa yang sama asyik suruh orang buat baik. Cakap tak serupa bikin!”

Allahuakbar.
Wallahi.
Tolong buang pemikiran sedemikian.

Jujur, dari satu ke satu khilaf yang aku lakukan, dalam masa yang sama aku berpesan agar tidak melakukan sesuatu hal yang lain, aku banyak belajar. Belajar untuk kawal diri sendiri daripada buat apa yang aku dah pesan dekat orang.

Dengan pesan pesan tulah, aku build rasa benci dalam diri pada benda yang salah yang lain.
Manusia, lumrahnya hidup untuk belajar daripada kesalahan. Sungguh, jangan tunggu kita sempurna dulu baru nak beri nasihat, ajak orang buat baik. Kita bukan nak cari atau tunggu yang sempurna sahaja tetapi nak yang berusaha untuk berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.

Islam kan bersaudara.

*kenyitmata

Sama macam kau tengok orang pergi masjid pada bulan puasa sebab masjid beri makanan percuma untuk berbuka. Some of us mesti ada terfikir atau cakap “bulan puasa je penuh masjid tu pun sebab ada makanan percuma kalau tak lalu depan masjid pun tak”.

I know some of us will think like this. Kadang kita lupa nak bersangka baik sebab dah terbiasa dgn sikap masyarakat itu sendiri. Tapi, disebalik pemikiran sedemikian, aku bersyukur sebab pihak masjid ada beri makanan percuma sepanjang bulan ramadhan.
Sebab,

Dari yg tak kenal masjid, tak pernah pergi masjid, dorang datang masjid. Adakalanya kita lupa... kita sibuk menghukum tapi effort nak ajak orang buat baik tu habuk pun takda.
Bila pihak masjid beri juadah berbuka scra percuma, org pakat datang. Pakat solat kat masjid. Umat bersatu, sama sama berbuka di rumah Tuhan.

Tak apa kalau mereka hanya dtg di bulan puasa atau disebabkan makanan sahaja..
Sebab kita taktahu apakah disebabkan juadah percuma di masjid sepanjang bulan puasa boleh menjadi asbab hamba Allah mulai mencintai masjid, mulai jatuh sayang pada ibadah berjemaah, mulai rasa rugi kalau tak sujud pada lantai masjid.

Tak apa kalau mereka hanya dtg ke masjid kerana juadah berbuka percuma disediakan...
Kerana boleh jadi antara umat yg pergi ke masjid, mereka dapat inspirasi drpd org lain, dapat motivate diri mereka dll.

Tak suka kah bila masjid penuh dgn hambaNYA?

Biar apapun 'sebab' mereka hadir dan pijak kaki ke masjid, kita taktahu apakah yg bakal menyuntik hati mereka utk lebih dekat mengenal Allah.
Alahai.
Ada org yg makan tak cukup pun masih berkira kira untuk ke masjid. Jadi bersyukurlah kalau ada yg pijak kaki ke masjid.

Sungguh, syukurlah.

Pihak masjid jalankan satu usaha nak satukan masyarakat lebih lebih lagi di bulan Ramadhan.
Biar apa pun asbab org ramai hadir, sekurangnya mereka ada RASA nak hadir.
Siapa yg jentikkan rasa nak pijak lantai masjid dan hidu udara di masjid tu kalau bukan Allah.

Wallahi.
Sokonglah.
Jangan kita tunding jari buat kepala sendiri.
Lagi teruk kalau berlagak suci.
Sembang pasal masjid tp sedekah RM5 pun tak pernah.

Biarlah org pergi masjid sebab dpt makanan percuma.
Dgn makanan tu mana kita tau hati seseorang boleh terdidik utk sayangkan rumah Ilahi.
Dan, berapa ramai keluarga asnaf, gelandangan yg saaaangat memerlukan makanan, air...
Mereka juga berhak utk merasai nikmat juadah berbuka puasa, mereka juga berhak bergaul dgn masyarakat.

Think positive.
Please.
Wallahi,

Kalau kita ubah fikiran kita, banyak hikmah yg kita dapat sebenarnya.


Wallahi.
Daripada kita fikir buruk,
Baik kita fikir cara nak tarik ummah utk dekat pada Agama.

Segala benda/hal ada hikmahnya. Ada sisi baik. ada pro dan kontra. Tapi sungguh, fikiran manusia itu bakal menjatuhkan dan menyembunyikan kebaikan. Sebab fikiran yang sempit. Hanya tahu fikir buruk saja, yang elok, campak tepi.

Tanpa sedar, dari seorang itu tak pernah solat tapi pernah berpesan kat kawan agar jaga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dia solat.

Tanpa sedar, dari seorang tu tak pernah bertudung tapi selalu ingatkan orang lain agar jangan jadi anak derhaka, dia mulai pakai tudung.

Seriously. Stop menghukum bila orang buat baik, beri nasihat, cuba buat dakwah. Kita tak tahu kuasa Allah. Dia jahil sekalipon, kalau Allah beri petunjuk, Allah akan beri.

Dari sekecil kecil dakwah seseorang tu lakukan, kita taktahu sejauhmana dia akan berubah jadi lebih baik.

Tanpa sedar, yang selalu ibadah tu semakin menjauh dari Yang Esa tapi yang jahil ni pula semakin mendekat dengan Yang Esa.

Akarnya, hati dan usaha.
Bukan mulut.

Aku ulang,

Bukan mulut.

Pupuk hati cintakan orang buat baik, buat dakwah walaupun dia tak bertudung, dia jarang baca quran, walaupun dia liar.

Kita, manusia, dengar dan ambil dan amalkan apa yang baik yang dituturkannya.
Bukan intai sisi buruk dia.

Jadi manusia yang menilai baik, bukan hanya tahu nilai buruk.



Its already 3.17am so I should stop. Nak buka buku sejarah pulak hoiii. Esok dah  janji dengan kawan nak iftar sama sama. Meriah sebab ada something great heheee.  Tashabarnyeee!!

Thank for reading.

USM 10/06/2017.

DESA INDAH KEMBARA.